Resipi Cili Jeruk Rangup Guna Lada Solok

Resipi Cili Jeruk Rangup Guna Lada Solok

Siapa suka cili jeruk yang rangup? Ni antara fav Ben. Phew… letak dalam meggi cup, mee goreng sodap. Mari Ben berikan resepi yang awesome. Jangan mintak stok Ben 2 balang tu. Ben suka guna lada solok. Lidah orang Kelantan katakan. Senang je buat dia.

Bahan-Bahan:

  • Lada Solok
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 4-5 cawan air
  • 2 cawan cuka
  • 5-6 sudu makan gula
  • 2 sudu teh garam

Cara Membuat:

1. Potonglah lada solok ikut nak guna banyak mana. Senang buat banyak sekaligus. Lepas tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan. Cair camtu. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan? Lepas tu tos bersih, buang rasa kapur tu. Ketepikan.

2. Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, tutup api. Masukkan lada dan kacau sebati selama 30 saat. Ingat 30 saat je. Lepas tu cepat-cepat buang air dia dan alirkan air paip. Masukkan cili tadi dalam bekas bersih.

3. Panaskan 4-5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Lebih atau kurangkan bergantung kuantiti dan rasa. Tak perlu tunggu mendidih. Dah nampak hancur gula dan garam, tutup api. Biarkan sejuk.

4. Bila dah sejuk, tuang ke dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Dah boleh makan dah lada jeruk akak. Makin lama makin sodap. Silalah mencuba. Letak luar je.

Boleh Cuba Juga Sambal Hijau Minang Ni, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Cili Jeruk Rangup Guna Lada Solok

Resepi Oleh: Ben Safwan