Resipi Mee Tarik Daging Mudah dan Sedap
Pukul 4 bangun buatkan susu budak baik. Lapar pulak bergendang gendang bunyi dalam perut. Tekak rasa nak makan mee tarik la pulak. Nak tunggu Mee Tarik Warisan, lagi berapa jam. Lambert. Dah alang alang, sap sap sui kira jadi bekal anak anak la sekali jalan. Meh la kita pusingan ke 2 untuk pagi ni.
Bahan Sup:
- 1/2 kg atau lebih daging lembu (suka bahagian sedikit berurat)
- Air 6 liter atau lebih
- 2sb serbuk halia
- 4sb serbuk bawang putih
- 2sb serbuk lada sulah
- 2sb lada Sichuan
- 1sb serbuk kulit kayu manis
- 1sb serbuk jintan manis
- 1sb serbuk jintan putih
- 5 biji bunga lawang
- 9 biji bunga cengkih
- 3 helai daun bay
- Daun bawang (batang rebus, daun aksesori hidangan)
- Sedikit minyak bijan untuk naikkan bau
- Mushroom seasoning atau apa apa seasoning disukai
- Sedikit garam
- Sedikit gula perang
Cara Memasak:
1. Rebus daging terlebih dahulu, kemudian asingkan daging dan ketepikan. Masuk semua bahan dalam air rebusan daging tadi dan biarkan hingga kesemua rempah sebati elok. Kaup atau tapis keluar semua bahan dan tambah air untuk elak rasa daging dan rempah terlalu kuat.
2. Masukkan kembali daging dan renih selama 2 jam atau hingga daging sedikit lembut (saya rebus kurang 1 jam – seperti tips di bawah). Rasa dan jika ada kekurangan rasa baru tambah bahan serba sedikit, jangan terlalu banyak nanti sup rasa “berat”. Sedia dihidang dengan mee.
Bahan dan Cara Buat Mee: 2 pek Mee Tarik Fatboi. Didihkan air terlebih dahulu. Kemudian masukkan mee. Mee masak jika sudah timbul. Tos dan lalukan di bawah air bersih.
Bahan Aksesori:
- Bok choy belah 4 dan celur
- Daun bawang
- Chili oil
Tips Daging Cepat Lembut:
- Setiap kali beli daging, potong siap siap ikut menu masakan.
- Contoh; potong daging kiub besar – air sekadar sama paras daging – rebus sekejap (mendidih je terus tutup api) – tutup periuk rebusan rapat rapat (wap panas terkurung) – asing daging dan air rebusan – simpan.
- Contoh lain; potong potongan sesuai untuk menu kari – rebus sekejap – tutup periuk rapat – sejuk – simpan.
Siap!. Boleh Hidangkan mee dengan sup dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba.
Lebih Sedap Kalau Makan Mee Tarik Dengan Chili Oil Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Norhidayah Mohd Aripin


