Resipi Laksa Lemak Siam atau Laksa Thai
Minum petang. Laksa Thai (Laksa Lemak Siam). Sedap laksa ni, ada daun selasih tu buat bertambah umami.
Bahan-Bahan:
- Laksa kering yang jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
- 1 kg ikan selayang@ temenung
- 10 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 2 inci lengkuas*
- 2 inci kunyit hidup*
- 4 btg serai* (2 btg diblend, 2 btg lagi diketuk masuk dalam kuah)
- 2 inci belacan*
- 5 biji cili api* (nak pedas, boleh lebihkan)
- 1 Sudu Besar Cili kisar
- 4 keping asam gelugur
- 4 helai daun limau purut
- 3 cawan santan pekat
- Garam, gula & perasa
Cara Memasak:
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan diblend halus, air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk blend tulang. Blend tulang kemudian tapiskan. Blend juga semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan serai yang diketuk ke dalam periuk. Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Bila dah mendidih, boleh masukkan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Ikut selera memasing.
3. Kacau sebati, kemudian masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.
Bahan-Bahan Sampingan:
- Timun
- Taugeh
- Kacang panjang
- Bunga kantan
- Daun selasih/Thai basil
- Limau nipis/kasturi
- Telur rebus
- Cili flakes
Bahan sampingan nie ikut selera masing-masing nak letak apa. Selamat mencuba.
Kalau Suka Laksa Sarawak, Boleh Masak Guna Pes Laksa Sarawak Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Masri


