
Disebabkan ramai minta resepi lauk kari ayam tanpa santan tadi. Oke ini resepi versi saya. Setiap orang cara masakan lain-lain. Saya masak ini untuk hidangan dua orang. Kalau nak lebih tambahkan bahan-bahannya. Kecuali bahan rempah A tak perlu nak digandakan.
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan rempah A:
- Buah pala satu sudu besar
- Halba satu sudu besar
- Cengkih satu sudu besar
- Bunga lawang satu sudu besar
- Ketumbar satu sudu besar
- Udang kering hancur setengah sudu (kalau tak letak pon tak ada masalah)
Kisarkan guna pengisar kering semua bahan rempah A sampai halus dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais. Bila nak masak baru guna dalam satu sudu kecil je. Senang dan ringkas sebenarnya untuk masak jenis lauk yang lain nanti.
Bahan Tumis:
- Bawang merah 4 biji
- Bawang putih 3 biji
- Sedikit halia
Potong bawang halus-halus, halia titikkan je
- 2 tangkai daun kari
- Sedikit kulit kayu manis
- 1 biji tomato
- 6 sudu serbuk kari ayam dan daging (saya guna adabi)
- 5 tangkai bendi (tak nak letak pon tak apa, tapi suami saya suka, jadi saya letak )
- 1 biji kentang
- Ayam dalam 4 ketul
Cara-caranya:
1. Tumiskan dulu bawang dan halia sampai layu. Letakkan pula satu sudu kecil bahan rempah A dan kulit kayu manis sampai dah naik bau lepastu masukkan dalam 6 sudu besar serbuk kari.
2. Minyak kena banyak sikit sebab kita nak tumis sampai kari tu pecah minyak. Bila dah pecah minyak baru kita letak dua tangkai daun kari dan sedikit air.
3. Gaul sampai sebati baru saya letakkan ayam, tomato, bendi dan kentang. Akhir sekali letak garam dan gula melaka sikit. Saya lebih suka letak gula melaka berbanding gula putih sebab rasa dia akan lemak-lemak manis. Kalau letak gula putih akan terasa manis je.
4. Masak sampai semua dah sebati baru boleh hidang. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Afifah Salleh