Resipi Kari Ayam Yogurt Tanpa Santan

Resipi Kari Ayam Yogurt Tanpa Santan

Siapa kata kari yang sedap dan pekat mesti menggunakan santan? Bagi anda yang sedang menjaga kesihatan, mengurangkan kolesterol, atau mungkin kehabisan stok santan di dapur, resipi Kari Ayam Yogurt ini adalah penyelamat yang luar biasa. Yogurt bukan sahaja alternatif yang lebih sihat, malah ia memberikan dimensi rasa yang berbeza kepada masakan kegemaran rakyat Malaysia ini.

Yogurt memberikan kepekatan yang sangat cantik pada kuah kari tanpa rasa muak. Asid semulajadi dalam yogurt bertindak sebagai ejen pelembut, menjadikan isi ayam sangat juicy dan lembut sehingga ke tulang. Sesuai juga untuk anda yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat atau sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong & cuci bersih
  • 1 paket serbuk kari saiz kecil
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan Lactel Natural Set Yogurt
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 biji bawang merah – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji ubi kentang – dipotong ikut citarasa
  • Garam dan sedikit gula untuk sesuaikan rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis dahulu bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga diikuti bawang merah, bawang putih, halia, daun kari.

2. Kemudian satukan serbuk kari dan serbuk cili bancuh dengan sedikit air, masukkan terus ke dalam periuk, tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan Yogurt kacau sebati dengan rempah biarkan masak sebentar. Masukkan pula kerisik, susu cair, air dan ubi kentang. Masak kentang hampir empuk atau lembut.

4. Perasakan gulai kari dengan garam dan gula secukup rasa, sesedap rasa. Jika suka boleh tambah cili besar hijau. Apabila ubi kentang, ayam sudah masak tutup api sedia dihidang dan dinikmati. Selamat mencuba.

Bertambah Sedap Kalau Makan Kari Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Julia Aleen Aireish