Sambal & Pencicah

Koleksi Resepi Pelbagai Pes Masakan

koleksi-resepi-pelbagai-pes-masakan

Koleksi Resepi Pelbagai Pes Masakan

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper.

1. Pes Ikan Bakar

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

2. Pes Sambal Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

3. Pes Gulai Ikan

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar – rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya.

4. Kuah Black Pepper

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar.
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
7. Masak hingga pekat dan naik bau.

Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain.

5. Pes Nasi Goreng Ikan Bilis

1. Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

6. Pes Asam Pedas Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.

Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.

Selamat mencuba dan Jangan Lupa Share.

Resepi Oleh: Naza lezah Naza – MAHN