Resipi Jeruk Nanas Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Semangkuk, semangkuk hidangkan atas meja tadi. Lama-lama licin terus sebekas Jeruk Nanas. Bayangkan sejuk-sejuk ia lalu dekat tekak. Hmmmm dengan rasa manis Nanas tambah sedikit rasa pedas.. uiii kecur betul!. Tetamu malu-malu nak rasa. Budak-budak pun mula-mula tanya, sedap ke. Pedas ke. Haaa tak cukup ya. Di Kelantan kalau biasa dengar, dia orang sebut Jeruk Lanas. Tak susah pun penyediaannya.
Bahan-Bahan:
- 1 biji Nanas masak
- 1 keping Gula Nise
- 3sb Gula Pasir
- 1sk Garam Halus
- 3sb Cuka
- Sedikit Belacan
- 5 tangkai Lada Kering (dikisar)
- 2 cawan air
Cara Membuat:
1. Masukkan dalam periuk gula nise, gula pasir, garam dan belacan. Masukkan sekali lada kisar dan cuka kemudian letak air. Mula rebus sampai kuah mendidih dan sedikit pekat.
2. Sejukkan dulu kuah. Kemudian baru siram atas Nanas. Nanas potonglah ikut suka. Kemudian gaul rata. Simpan dalam peti sejuk sejam dua atau semalaman biar sejuk dan air nanas turun.
Saya simpan peti sejam lebih ni. Tak sabar dah… wangi sangat bau manis Nanas. Selamat Mencuba.
Peminat Jeruk Buah Boleh Cuba Jeruk Buah Air Nise Ni Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Mizah Ngatiman


