
Cara Buat Apam Balik Crispy
Hakak share lagi resepi apam balik ni. Kalini hakak guna blender je, lebih ringkas.
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 biji telur size besar
- 1 1/2 cawan air
- 2 cawan tpg gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
Cara Buat:
1. Mula-mula kisar gula dan telur dahulu. Masukkan bahan-bahan yang lain, kisar lagi hingga sebati. Diamkan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Kalau semalaman lebih bagus.
2. Jikalau adunan keluar buih-buih kecil, jangan risau adunan tetap elok dan selamat untuk diguna. Just kacau rata dan tambahkan 1 sudu makan air jika adunan terasa agak pekat.
3. Panaskan kuali non stick sehingga betul-betul panas, tak payah sapu minyak (hakak guna kuali size diameter 20cm).
4. Tuang 1 senduk sayur adunan (ketebalan apam balik, ikut selera masing-masing). Goyangkan kuali sehingga adunan rata menutupi permukaan kuali, kecilkan api.
5. Bila dah keluar lubang-lubang halus, permukaan apam dah masak keseluruhannya dan PASTIKAN tepi-tepi apam dah berwarna kecoklatan, baru taburkan sedikit gula dan sapukan margerin.
6. Taburkan cheese, nutella, peanut butter, chocolate rice, cream corn, susu pekat manis atau apa-apa saja suka hati korang, sesuai selera.
Nota:
- Pastikan kuali betul-betul panas baru tuang apam balik. Api cukup sederhana, bukan api kecil atau kuat sangat.
- Hidangkan panas selagi rangup, apam akan lembik apabila dah sejuk.
- Masak sebanyak yang perlu sahaja, belen adunan boleh tahan dalam peti sejuk dalam bekas tertutup selama 5 hari.
- Jikalau inginkan apam yang garing krispi, kena sabar dan tunggu hingga tepi tepi apam sudah bewarna kecoklatan baru lipat dan angkat.

Resepi Oleh: Kuali Helena