Buat Sendiri Sos Black Pepper Dengan Chicken Grill

Buat Sendiri Sos Black Pepper Dengan Chicken Grill

Sesekali boleh la bawa anak-anak makan di luar. Tapi biasanya saya suka masak sendiri, apa saja yang suami dan anak-anak suka makan. Ni sebahagian menu yang saya masak waktu bulan puasa baru ni. Anak-anak nak berbuka dengan “Chicken chop & Chicken Grill”.

Ayam saya salut dengan tepung bistari garlic tambah sedikit air, gaul-gaul ayam sehingga bersalut dengan tepung, kemudian celup dalam tepung bistari original baru, pastu goreng.

Bahan Sos Black Pepper:

  • 1/2 labu bwg besar holland cincang halus
  • 4 sdb tepung gandum
  • 1 ketul pati kiub ayam
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap manis untuk gelapkan sos
  • 5 sdb sos lada hitam
  • 2 sdb serbuk lada hitam kasar
  • 3 cwn air – atau lebih
  • Sedikit oregano
  • 2 sdb mentega
  • 5 sdb susu full cream
  • 2 @ 3 sdb gula perang

Cara Membuat:

1. Cairkan mentega ke dalam periuk. Tumis bawang besar hingga layu jer, masukkan air, serbuk lada hitam dan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air supaya tepung tak berketul).

2. Kacau guna hand whisk lagi senang, kemudian masukkan pati kiub ayam, masukkan sos lada hitam, sos tiram, susu dan kicap. Kacau sebati, jika kuah terlalu pekat tambah sedikit air.

3. Seterusnya, masukkan oregano dan renehkan seketika. Sesuaikan rasa, warna kuah jika nak gelap tambah sukatan kicap. Siap.

4. Untuk buat Chicken grill; Ayam letak atas pemanggang, letak butter sikit, kemudian taruh sos black papper macam dalam gambar. Senang jer asal en suami dan anak-anak kenyang. Style saya, lain org lain caranya.

Guna Pemanggang Macam Ni Mudah Nak Buat Chicken Grill >> LIHAT DI SINI

Buat Sendiri Sos Black Pepper Dengan Chicken Grill

Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya