
Boleh Makan Dengan Bihun, Sup Tulang dan Daging Lembu
Mental maseh rapuh. Tetapi alhamdulillah harini kudratnya kelihatan tinggi. Ini ja yang sis mampu untuk hidangan tetamu petang karang. Sup Tulang dan Daging Lembu, boleh makan dengan bihun juga nasi. Tak lupa Sambal Kicap Joho.
Resepi Sup Tulang & Daging Lembu Versi Kak Hud;
Bahan-Bahan A:
- 3 kg tulang lembu
- 1/2 kg daging lembu
- 2 inch halia
- Air secukup nya
Bahan-Bahan B:
- 4 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
Bahan-Bahan C:
Hiris nipis –
- 8 biji bawang merah kecil
- 8 biji bawang putih
- Bahan-bahan D;
Untuk Kisar –
- 10 biji bawang merah besar
- 6 biji bawang merah kecil
- 10 biji bawang putih
- 2 inch halia yg kita letak dalam rebusan daging tadi
Bahan-Bahan E:
- Bancuhan rempah sup. Saya guna 4 paket kecil jenama Faiza + 1 paket kecil jenama Adabi. Bancuh sedang-sedang jangan cair sangat.
Bahan-Bahan Lain:
- Serbuk lada putih secukup nya
- Mushroom seasoning secukup nya
- Garam secukup nya
- Daun sup
Cara Memasak:
1. Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk. Masuk air secukup nya. Masuk sekali halia yang telah dihiris kasar. Rebus hingga empuk dan lembut. Biasa saya rebus 3 jam. Selesai 3 jam baru saya buat langkah yang lain.
2. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali. Masukkan bahan B. Gaul dalam kurang seminit kemudian masukkan bahan C. Kacau sekejap hingga sedikit keperangan dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan D. Kacau gaul rata dan sebati hingga terbit minyak. Kemudian masukkan bahan E. Api kena jaga jangan kuat sangat takut bahan hangus. Bagi dia elok rata terbit minyak, tutup api.
4. Pindahkan bahan-bahan yang kita masak dalam kuali tadi ke dalam periuk rebusan daging. Bukak api. Masukkan 2 sup bunjut Adabi. Masukkan serbuk lada putih secukup nya. Masukkan 1 sudu mushroom seasoning. Kacau rata. Masukkan garam secukup nya. Adjust ikut selera masing-masing. Biar hingga menggelegak, mendidih dan masak.
5. Akhir sekali taburkan daun sup yang telah dihiris nipis. Ini versi saya. Memang tak letak sempurna 4 sekawan yang ada buah pelaga + cengkih sebab family tak berapa suka. Kita letak kayu manis dan bunga lawang ja. Maaf kalau ada tertinggal step. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nurulhuda Yaakub