Kuih Muih

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu

resepi-pau-goreng-inti-kacang-merah-gebu

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu

Cik tie suka goreng pau agak garing sikit supaya bila gigit luarnya garing dalamnya gebu gitew. Yang tak nak garing di luar tu nak luarnya lembut, tak perlu goreng lama. Ikut selera nak macam mana. Buat sendiri kita letak inti lebih, barulah puas hati makan. Boleh buat untuk breakfast atau pun minum petang. Cik tie tepek resepi di sini ye. Cubalah ye, rangup di luar lembut di dalam.

Bahan-Bahan:

  • 800 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar planta
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 gelas air suam
  • 1 peket yis
  • Air sejuk secukupnya
  • Inti kacang merah (Boleh beli di bakery)

Cara Membuat:

1. Masukkan gula, yis dan air suam dalam gelas. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.

2. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat dan bancuhan yis tadi.

3. Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit-sedikit ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

4. Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda. Seterusnya, tumbuk-tumbuk manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.

5. Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah dan bulat-bulatkan. Buat sendiri letak inti kacang meriah gitu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Kuih Kaswi Gula Merah

6. Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.

7. Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.

8. Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.

Sedapnye makan panas, dengan intinya yang meriah. Selamat mencuba korang.

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar