Resepi Cucur Jawa Pandan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum (Cap Ros)
1 cawan tepung beras (Cap Teratai)
3/4 cawan gula (klau nak kurang manis, boleh kurangkan lagi)
Secubit garam
Jus pandan + air (jadikan 1 1/4 cawan)
5 titik pewarna hijau epal
Cara Membuat:
1. Masukkan jus pandan + air dan gula ke dalam periuk. Masak hingga air pandan dan gula larut dan mendidih. Tutup api. Biarkan sejuk.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam satu bekas. Gaul rata.
3. Tuangkan air gula dan pandan tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Gaul sebati. Kalau ada ketulan, tekan-tekan je dengan sudu atau senduk sehingga kurang ketulan. Kalau ada ketulan-ketulan sikit, jangan risau. Masa menggoreng ianya akan hilang sendiri sebab kena suhu panas.
4. Perap dalam suhu bilik sekurang-kurangnya selama 4 jam. Kalau rasa tak mau goreng lagi, simpan la dalam peti sejuk. Kalau dah simpan dalam peti sejuk, masa nak goreng, keluarkan 1 jam lebih awal. Kacau-kacau adunan dulu, baru la goreng.
5. Panaskan minyak. Saya guna minyak yang banyak. Api sederhana. Kena sentiasa kawal api. Kalau minyak terlampau panas, perlahankan api.
6. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan sesenduk adunan tadi. Bila dah masak, terbalikkan. Masak sekejap, angkat.
7. Goreng satu persatu sehingga habis. Resepi ni dapat 15 ketul cucur jawa, saya guna senduk yang paling kecil.
Resepi Oleh: Hamidah HA – MAHN