Resipi Bubur Sum Sum Enak Dimakan Sejuk

Resipi Bubur Sum Sum Enak Dimakan Sejuk

Bubur Sum Sum, sedap dimakan sejuk-sejuk ketika cuaca panas. Lembut, gedik, lemak manis dan masin semua terasa.

Bahan-Bahan Air Gula Melaka:

  • 1 cawan gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu besar air*

Bahan-bahan bertanda (*) dibancuh bersama.

Bahan-Bahan Sum Sum:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan -di simpul
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 1/2 cawan air

Cara Membuatnya:

1. Air Gula Melaka; Satukan semua gula-gula, air dan daun pandan. Masak di atas api hingga gula cair dan mendidih. Campur bancuhan tepung jagung. Kalau tak nak boleh skip ye. Kacau lagi hingga air gula pekat dan mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu.

2. Sum Sum; Satukan semua bahan-bahan sum sum. Kacau sebati dulu baru buka api. Kacau sentiasa hingga adunan pekat dan berkilat. Bila dah meletop-letop boleh tutup api, biarkan suam sekejap.

3. Sendukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang disukai. Tuang air gula dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais. Rasa lembut dan gedik-gedik gitu. Lemak manis masin semuanya terasa. Selamat mencuba.

Boleh Guna Gula Melaka Asli Macam Ni Baru Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Bubur Sum Sum Enak Dimakan Sejuk

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah