Resepi Blackmelt Cookies Nampak Hitam Tapi Sedap

Resepi Blackmelt Cookies Nampak Hitam Tapi Sedap

Try buat biskut azlina ina blackmelt. Ye dia memang hitam. Resepi asal yang saya telah bahagi 2, dapat 2 plastik lauk penuh, sorry tak kire pcs dan tak timbang. Sedap, lemak, rangup dan rapuh. Bukan rangup keras ye. Saya sukat guna cawan set minum teh biasa yang mak-mak kite ade 1 set time tetamu datang atau hari raya baru bawak keluar tu kan. Saya sertakan sekali dalam bentuk gram. Jangan derhaka sukat main agak-agak insyaAllah jadi je nanti.

Bahan A:

  • 250g butter
  • 245g castor sugar (1 cawan + 4 sudu besar)
  • 1 telur (resepi asal 500g butter, 1 telur. Resepi saya ni saya bahagi 2 tetap guna 1 telur jugak)

Bahan B:

  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikabonat
  • 1/2 sudu kecil emplex
  • 3 sudu besar susu tepung (saya guna omega)
  • 125g minyak masak (1/2 cawan)

Bahan C:

  • 21/2 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar dark/black serbuk koko
  • 53g tepung jagung (1/2 cawan)

Bahan D:

  • 350g tepung gandum (21/2 cawan)

Bahan E:

  • 11/2 cawan Coklat cips (callebaut/beryls)
  • 2 cawan Almond nibs (saya skip almond & coklat cips. Saya cuma letak beryls coklat coins yang dicincang)

Nota: Doh dia memang lembut ye, tak perlu simpan peti boleh terus bakar.

Cara Membuat:

1. Kacau sebati bahan A. Kaup balik je sampai rata. Masukkan bahan B (ayak semua bahan kecuali minyak masak). Kaup balik sehingga sekata.

2. Seterusnya, masukkan pula bahan C (ayak semua bahan). Sebatikan. Masukkan pula tepung gandum (ayak). Kaup rata. Masukkan bahan E sehingga menjadi doh yang sekata.

3. Letakkan adunan atas dulang mengikut saiz yang dikehendaki dan bakar dengan suhu 180c, dalam masa 15-17 minit. Suhu saya 130c selama 20 minit. Saya guna oven industri gas.

Sape nak buat duit untuk puasa, boleh sangat bancuh dengan anak-anak. Selamat mencuba.

Guna Serbuk Koko Jenis Ni Baru Betul Rasa Coklat >> LIHAT DI SINI

Resepi Blackmelt Cookies Nampak Hitam Tapi Sedap

Resepi Oleh: Dani J Tang