Mee

Mee Goreng Mamak Versi Basah dan Pedas

mee-goreng-mamak-versi-basah-dan-pedas

Mee Goreng Mamak Versi Basah dan Pedas

Ramai saudara-saudari yang mintak recipe hari itu. Minta maaf sebab lambat update recipe. Hari ini saya update dengan recipe penuh seperti di bawah. Ada yang bertanya macam mana nak salut mee seperti di dalam gambar, so saya dah bagi tekniknya sekali. Yang penting bahan-bahan yang dikisar untuk aroma dan rasa. Saudara-saudari yang ingin mencuba boleh lah yea.

Bahan-Bahan:

  • 600g Mi kuning
  • 1 Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
  • 1 Tomato dihiris
  • 3 biji telur saiz besar
  • 2 cili hijau dihiris
  • 2 tauhu dipotong kecil
  • 10 fish ball dipotong separuh
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
  • 2 cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa
  • Sawi

Bahan-Bahan Untuk Dikisar:

  • 8 Ulas bawang putih
  • 1 bawang saiz kecil
  • 15g ikan bilis
  • 5g udang kering
  • 5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

Cara Memasak:

1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.

2. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Kung Fu

3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.

4. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.

5. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Mee Goreng Mamak Versi Basah dan Pedas

Resepi Oleh: Shahmlah JD