Resepi Sambal Jahat Makan Sekali Memang Tak Cukup
Kenapa panggil sambal jahat? Sebab makan sekali tak cukup, tambah kali kedua pon tak cukup, dah tiga kali tambah pon rasa nak tambah lagi, tak ke jahat namanya tu. Saya yang bagi nama dia sambal jahat. Kalau buat sambal ni tekak tak bagi kerjasama oi.
Ni buat atas permintaan adik. Dia suka petai jadi dia tambah petai, saya tak makan petai, saya suka kosong je. Masa mak ada, kalau mak buat sambal ikan bilis ni, terpaling habis dulu sambal ni lah. Rindu arwah mak, rindu air tangan dia. Rindu masakan dia.
Resepi sambal jahat (saya tak jahat ye, sambal je yang jahat)
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis segenggam (goreng dulu)
- Cili api hijau 2 genggam (kalau nak pedas tahap meleleh air mata meleleh hingus lebihkan lagi cili apinya)
- Bawang besar 3 biji (saiz sedang)
Cara Membuat:
1. Bawang besar dengan cili api ditumbuk. Kalau tak rajin, blenderkan aje. Blender atau tumbuk kasar ya. Macam nak buat rencah nasi goreng. Lepastu, masukkan ikan bilis yang dah goreng tu.
2. Tumbuk-tumbuk manjah agak-agak ikan bilis tu nampak hancur sikit dahla. Lepastu masak semula dalam minyak goreng ikan bilis tadi. Minyak lebih takpe. Masak dengan api sedang-sedang je.
3. Akhir sekali, masukkan garam, gula dengan serbuk perasa. Adjust rasa ikut kesesuaian tekak uols ye. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
- Kalau blender, ikan bilis jangan blender sekali. Ikan bilis tumbuk manjah je guna lesung batu. Blender cili api dengan bawang besar je.
- Masak sampai nampak pecah minyak. Api jangan besar ya. Nampak dah berkilat tu haa cantik dah tu.
Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Bertambah Nasi >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Cik Qaseh