Resipi Kebab Daging Berempah Sedap Makan Panas-Panas
Assalamualaikum. Pagi tadi kami sekeluarga makan kebab daging bersama. Bau rempah wangi buat semua terliur. Walaupun hidangan ringkas dan sedap. Masak lebih untuk bekalan encik suami bawa pi kerja. Layan kebab daging panas-panas, padu betul. Kebab ni sekali makan, repeat confirm. Tak perlu tunggu Turki, kat rumah pun boleh padu. Jom kita lihat resepi Kebab Daging Berempah.
Bahan-Bahan:
- 500g daging lembu Ramly
- 3 ulas bawang putih (tumbuk atau cincang)
- 1 biji bawang besar (hiris halus atau kisar)
- 1 camt serbuk jintan kasar
- 1 camt serbuk jintan halus
- 1 camt serbuk ketumbar
- 1 camt paprika/cili serbuk
- 1 camt serbuk lada hitam
- 1 camt serbuk oregano/parsely
- 3 camb cili blender
- 1 batang carrot
- 3 helai daun kobis bulat
- 2 camb kicap
- 2 camb sos cili
- 2 camb sos tomato
- 2 camb sos tiram
- 2 sudu besar yogurt@mayonis@sos keju
- 3/4 cawan air masak
- Gula
- Garam
- Minyak masak
Bahan Tambahan:
- 1 pek roti hotdog yang kecil
- Garlic spread
- Keju parut/kepingan keju
Belah roti di tengah. Sapu garlic spread. Bakar atas kuali hingga keemasan. Ketepikan.
Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang besar bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan cili blender, serbuk ketumbar, jintan kasar, jintan halus, serbuk paprika, dan serbuk lada hitam. Masak hingga pecah minyak.
2. Tambahkan carrot, daging kisar, air, cili sos, sos tiram, mayonis, sos keju, kobis, garam, dan gula. Biarkan seketika hingga daging empuk dan serap bahan-bahan menjadi sedikit pekat.
3. Sejuk daging dahulu. Ambil roti dan letak inti daging di tengah. Tabur keju parut. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160c selama 3-5 minit atau 10 minit. Dah siap. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba gaiss.
Ada Air Fryer Macam Ni Kerja Memasak Jadi Lebih Mudah >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Cik Ma


