Resipi Cempedak Goreng Crispy Memang Rangup

Resipi Cempedak Goreng Crispy Memang Rangup

Cikna kembali dengan menu kudapan petang. Cempedak goreng the boom. Resipi dan tips memasak ada di bawah ya, baca dengan teliti dan hati-hati serta jangan miss step hokey. Resipi cempedak goreng crispy krup krap cara saya.

Bahan-Bahan:

  • 1 bijik cempedak kupas kulit dulu na.
  • 2 cawan tepung beras cap 1 gajah atau tepung beras cap teratai
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar garam (sesuaikan rasa)
  • 1 -2 sudu besar gula (sesuaikan rasa)
  • 1 sudu kecil air bancuhan kapur sireh
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2-3 ketul ais
  • Air sejuk dari peti ais

Cara Membuat:

1. Mixkan semua bahan-bahan menjadi adunan yang tak terlampau pekat dan cair sangat. Kalau terlebih cair, boleh tambahkan lagi tepung beras. Kemudian celupkan cempedak atau lain bahan-bahan ke dalam adunan.

2. Sebelom goreng, celupkan jari puan-puan dalam adunan tu. Kalau melekat elok kat jari tak nampak isi, yeayyy dah siap untuk digoreng. Kalau nak buat adunan tu lebih, uolss lebihkan sikit bahan-bahan adunan tu hokey.

Tips:

  1. Pastikan minyak banyak dan betul-betul panas ketika mengoreng dan make sure buka api yang kuat supaya bahan gorengan kita menjadi cantik. Kemudian bolehla perlahankan api supaya cempedak kita tidak rentung ya puan-puan.
  2. Untuk mendapatkan serdak-serdak tu, titikan adunan dengan menggunakan penyepit dengan api suhu yang tinggi. Pastu perlahankan balik suhu api tu. Kang kuat sangat kang rentung pulak serdak tu.
  3. Ketul ais menjadikan adunan kita krispy ataupun ranggup krup krap krup krap.
  4. Pemilihan tepung beras, yang ni sangat penting untuk menjadikan adunan kita menjadi. Make sure pakai tepung beras cap 1 gajah atau cap teratai ok. Jangan salah beli tepung beras hokey. Cikna ayak dulu tepung sebelum buat bancuhan. Selamat mencuba.

Boleh Guna Tepung Bancuhan Goreng Ni Kalau Nak Cepat >> KLIK DI SINI

Resipi Cempedak Goreng Crispy Memang Rangup

Resipi Oleh: Bonda Aisyah