Resipi Kuah Rojak Tak Guna Cili Kering
Tengahari ni akak menyicah je, tak makan nasi. Sekali makan memang tak boleh berhenti betul tak? Wanita dan menyicah memang tak dapat dipisahkan. Meh akak share Resepi Kuah Rojak dari mak akak ye. Kuah rojak ni tak guna petis atau otak udang, tak guna cili kering, tak guna tepung jagung, tak guna air, dan tak guna garam ye tapi memang SEDAP.
Bahan-Bahan:
- 1 botol kecil kicap masin (akak guna kicap Jalen Lemak manis)
- 1 botol kecil sos cili (akak guna cap Kimball)
- 1 kg gula pasir
- 250 gm gula merah (akak guna cap bintang yang pek warna hijau)
- 1/2 keping belacan
- 1 1/2 sudu besar cili serbuk (ni ikut kepedasan yang kita suka. Akak letak 2 sudu besar, kuah agak pedas. Kalo korang suka kurang pedas boleh letak 1 sudu besar sahaja)
Cara Membuat:
1. Masukkan kicap, sos cili, gula pasir, gula merah, dan belacan (lenyek dulu hingga tak berketul, akak lenyek dengan sedikit air). Kacau semua bahan hingga gula larut.
2. Masukkan cili serbuk, masuk sikit-sikit dan rasa. Kalo dah cukup rasa pedas yang korang suka boleh stop. Kacau hingga pekat berkilat dan tutup api.
3. Kuah akan pekat setelah sejuk sepenuhnya. Masa untuk mengacau tak lama sebab kita tak guna air kan? so jimat masa dan gas korang hihi.
4. Hiasan/Penyedap Tambahan; Boleh letak penyedap rasa dengan kacang tanah tumbuk dan bijan putih yang disangai dulu. Selamat mencuba dan menyicah uolls.
Cuba Juga Kuah Rojak & Tauhu Bakar Ni. Memang Lazat! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Jaja Noriza


