Resipi Homemade Potato Chips Memang Rangup
Entah macam manalah aku boleh ternampak resipi ni. Ya ampunnn sedap hoih. Siapa diet? Kami tak kenal dia! Nah lah resipi.
Bahan-Bahan:
- Kentang 6 biji (Ikutlah nak banyak mana)
- 2 sudu cuka makan
- 1 sudu kecil blackpepper/serbuk cheese
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil gula halus
Cara Membuat:
1. Kupas kulit kentang dan sagat nipis-nipis kentangnya. Kendian kau orang didihkan air bersama cuka dan garam. Masukkan pula kentang yang disagat tadi ke dalam air rebusan selama 3 minit. Tips ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tak lembik apabila digoreng.
2. Pastu basuh dan tos kan kentang, makesure kentang kering ye. Nak senang boleh je gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan. Dah kering tu bolehlah digoreng kentangnya sehingga kuning keemasan dan rangup.
3. Angkat dan toskan minyak. Dah sejuk sedikit bolehlah masukkan ke dalam bekas. Kau orang masukkan lah garam, gula, blackpepper ka serbuk kari ka serbuk cheese ka. Ikutlah nak perisa apa pun. Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang gitu. Haa mudah kan?
Guna Penyagat Macam Ni Baru Kentang Lebih Nipis >> KLIK DI SINI

Resepi oleh: Nurhayati Maleq


