Resipi Dimsum Ayam Black Pepper

Resipi Dimsum Ayam Black Pepper

Alhamdulillah rezeki pagi ini. Dimsum ayam black pepper. Selamat bersarapan semua.

Bahan-Bahan Kulit Dimsum:

  • 250g tepung gandum
  • 100g tepung ubi
  • 130 ml air panas mendidih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh butter

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan garam di dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Kemudian masukkan butter.

2. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan (jika nak letakkan pewarna boleh letak pewarna yang disukai). Rehatkan doh selama 1 jam.

3. Taburkan tepung pada papan pencanai. Canai doh senipis yang mungkin. Tekapkan guna acuan berbentuk bulat ke atas doh hingga mendapat doh bentuk bulat. Boleh juga guna gelas.

4. Ambil satu doh yang telah dicanai. Letakkan sedikit inti dan bentukkan bahagian tepi dengan kemas mengikut bentuk yang dikehendaki. Tekan bhgn atas inti dengan sudu supaya rata.

⁠5. Untuk taburan bahagian atas boleh guna lobak merah yang disangat atau sagu yang telah diwarnakan dengan warna serbuk oren kemerahan. Kukus sekejap sagu, baru letak pada bahagian atas dimsum.

6. Panaskan air dan kukus dimsum yang telah siap dibentuk selama 10-15 minit. ⁠Siap untuk dihidangkan.

Nota: Boleh juga beli kulit yang dah siap dekat supermarket tapi putih le tak ada warna. Lagi senang dan cepat.

Bahan-Bahan Inti Dimsum:

  • 500gm isi ayam
  • Daun bawang
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Serbuk pati ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji putih telur

Cara Membuat: Campurkan isi ayam, daun bawang dalam chopper kisar hingga isi ayam halus. ⁠Masukkan bahan-bahan dan lain gaul hingga sebati. Siap inti dimsum. Selamat mencuba.

Boleh Guna Pengukus Macam Ni, Dimsum Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Dimsum Ayam Black Pepper

Resipi Oleh: Nur Masri