Resipi Loaded Potato Guna Potato Flakes Segera
Mari buat loaded potato guna potato flakes. Haaa, ada yang tak pernah jumpa potato flakes? Jangan risau. Saya sendiri pun baru tau masa awal-awal jumpa dulu. Selama ni tau ada potato starch aja. Rupanya ada jugak potato flakes ye. Maka, terjadilah loaded potato sampai terpaksa open order. Kali ni saya share cara buat dia. Kenapa saya buat sukatan untuk 100g aja? Sebabnya;
Kalau kau orang buat untuk makan anak beranak setakat 3-4 orang, tak kan lah nak buat 1 paket 500g tu kan. Jadi, kalau nak buat banyak, kau orang kali kan aja semua bahan tu. Ibarat sambil buat sambil belajar math. Nak buat macam mana, kitanya suka nombor. Sementara masih awal ni, sempat lagi karang nak keluar beli barang dapur tu bolehlah selit sekali beli barang untuk loaded potato ni kan. Mari kita tengok bahan;
- Potato flakes – 100g
- Air panas – 600ml
- Butter – 30g
- Garam – 1/2 sudu kecil
- Black pepper – 1/2 sudu kecil
- White pepper – 1/2 sudu kecil.
Untuk yang nak buat niaga, sekali lagi untuk kali ke 800 saya ingatkan, tolonglah buat calculation bebetul ye. Jangan main ikut orang nak letak harga murah sampai tak dapat apa. Dapatlah jugak, dapat penat. Oklah, sebelum makin merepek, mari kita tengok cara-caranya.
Mohon jangan tanya soalan-soalan yang tak berkaitan. Contoh ‘tak letak susu?’. Udah kite kabo ini cara kita, so tak perlulah nak ubah cara kita ni haaa. Kalau kau orang nak buat cara kau orang, mohon buat resepi sendiri dan post sendiri ye (cakap dalam nada lembut).
Cara Membuat:
1. Ok, timbang potato flakes siap-siap. Untuk 100g ni bolehlah makan untuk 3-4 orang. Siapkan bahan lain jugak sebabnya nak buat ni tak sampai 2 minit dah siap. Jadi kita prepare dulu bahan-bahan dia. Timbang siap butter 30g. Garam, black pepper dan white pepper tu tak payah timbanglah. Guna sudu kecil aja.
2. Mula-mula letak air panas dalam bowl. Sekali lagi saya ulang, letak air panas dalam bowl. Bukan masak air dalam periuk atas api. Tapi kalau nak letak air panas dalam periuk pun tak apa asalkan bukan letak atas dapur ye. Guna air panas aja dan masukkan garam. Kacau sampai garam larut.
3. Bila garam dah larut, masukkan terus potato flakes dalam bowl air panas tu. Terus kacau sebati. Process ni ambil masa kurang 2 minit. Jadilah mashed potato dah tapi belum cukup lengkap lagi. Ok, masukkan butter cepat-cepat masa ni sementara mashed potato kita masih panas. Masukkan black pepper dan white pepper. Kacau sebati. Siap!
4. Okeh, mari kita letak mashed potato dalam bekas. Bekas ni size 500ml. Kemudian, letak ayam goreng di atasnya. Aku guna tepung bon chef yang spicy tu aja dah cukup rasa semua dah. Caranya, beli dada ayam dan potonglah kecik-kecik. Lepas tu perap dulu ayamnya dengan bancuhan tepung bon chef ni yang dicampur dengan air sejuk paling kurang sejam. Masa nak goreng, celupkan dalam tepung sekali lagi yang kering pulak.
5. Lepas tu letaklah cheezy sauce ni. Cara bancuhan cheezy sauce ni nisbah dia 1:1. Maksudnya kalau nak bancuh 100g cheezy sauce, air panas pun 100ml. Bancuh sikit-sikit dengan air panas ye. Guna whisk masa nak kacau. Lebih mudah untuk sebatikan dia. Aku guna brand brand Longson aja. Sedap dah. Cheezy sauce tu jangan banyak sangat ye. Nanti tak rasa pulak mashed potatonya. Cukup letak 1 senduk kecil aja.
6. Ok, letak jagung pulak. Jagung ni jagung frozen. Aku steamkan aja. Letak 1 sudu besar tak menimbun. Yang menimbun tu kita tak nak kempis-kempis. Ok, letak mayonis pula serta taburkan dengan daun parsley. Siap! Selamat mencuba semua.
Boleh Guna Potato Flakes Segera Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Wan N Wan M


