Resepi Bomboloni Strawberry Filling

Resepi Bomboloni Strawberry Filling

Bahan-Bahan:

Tepung gandum 1/2 kg
Yis setengah peket
3 sudu Margarine
Susu Fresh Milk 170 ml
Telur sebiji
Gula kastor
Jem Strawberry
Pewarna merah

Cara-cara:

1. Rendam yis dalam air suam 1 cawan, biarkan yis kembang.

2. Gaul margarine dengan tepung sehingga sebati. Campur telur, susu, yis ke dalam tepung.

3. Gaul sehingga menjadi doh. Letakkan pewarna merah, gaul lagi doh sehingga warnanya sebati.

4. Canai dan tekapkan doh. Goreng dalam minyak yang panas. Api sederhana.

5. Selesai goreng, gaul dengan gula kastor. Lubangkan satu sisi bomboloni dengan menggunakan lidi.

6. Masukkan jem strawberry ke dalam piping bag, dan picitkan ke dalam lubang yang dibuat.

Anak-anak buah semua suka bomboloni ni. Golongan mak mak pulak mintak yang tanpa gula dan tanpa filling.

Resepi Bomboloni Strawberry Filling

Resepi Oleh: Zulaika Suliman