Resipi Homemade Marshmallow Memang Mudah Sebenarnya
First time buat menjadi dengan jayanya, seronok main picit-picit. Tekstur die kenya-kenyal dan lembut nyut nyut sangat. Laku keras, tak sampai satu jam abis licin. Lepas ni tak payah beli kat kedai daa, buat sendiri je. Halal pun halal, boleh pelbagaikan bentuk kalau rajin dan kreatif.
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar gelatin halal*
- 1/2 cawan air panas*
Bahan-bahan bertanda (*) dilarutkan bersam.
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna merah
- 1/2 cawan tepung jagung#
- 1/4 cawan gula aising#
Bahan-bahan bertanda (#) diayak bersama.
Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung jagung dan gula aising bersama. Kacau, kemudian ketepikan dulu. Larutkan gelatin dengan air panas. Ketepikan dulu. Satukan gula dan air. Kacau di atas api sederhana hingga larut. Biarkan mendidih.
2. Titiskan sedikit air gula di dalam mangkuk berisi air. Ambil dengan jari, jika digentel jadi bebola lembut, bermakna air gula dah elok. Perlahankan api, tuang larutan gelatin dan kacau selama 1 minit hingga sebati. Tutup api.
3. Tuang air gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul dengan high speed hingga kembang dan menjadi warna putih. Campur esen vanila dan pewarna merah. Pukul lagi hingga adunan boleh dibentuk reben.
4. Alas loyang dengan baking paper dan ayakkan bahan-bahan ayak tepung jagung dan gula aising tadi. Kemudian, tuang adunan. Ayak lagi tepung jagung dan gula aising di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais selama 5-6 jam atau semalaman hingga pejal/set.
5. Potong marshmallow dan salut-salut lagi dengan tepung jagung + gula aising supaya tidak melekat di tangan. Buang semula sisa-sisa tepung jagung + gula yang berlebihan.
Nak Lagi Mudah, Boleh Dapatkan Marshmellow Pelbagai Perisa Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah


