Resipi Daging Dendeng Hitam Rasa Pedas Berempah
Resipi dendeng ni sebenarnya ada banyak. Lain orang, lain cara buat dendeng. Ikut selera masing-masing. Kebanyakan resipi ni memang datang dari orang lama seperti nenek atau mak kita.
Dendeng ni ada rasa pedas lemak manis yang pasti bau aroma rempah campuran memang perghhh oii. Kena lah dengan tekak kami family. CikMa tambah rempah sebab suka, biar ada rasa rempah. Kalau rasa kicap je tak berapa best. Kanak-kanak pun boleh makan sebab kurang pedas.
Daging dendeng ni tahan lama sebab tiada santan dan dimasak sedikit kering. Tapi ada berkuah sikit akan rasa dendang tu basah. Rasanya yang seakan rendang kering tapi yang pastinya bukan rendang. Rasa yang luar biasa, sure makan pun berselera dengan nasi panas dan sambal ikan bilis kering.
Nak sediakannya rumit sedikit. Namun, sebab ia sangat sedap, so no problem nak masak. Jom kita lihat cara penyediaannya.
Bahan-Bahannya:
Bahan Hiris Halus A –
- 10 ulas bawang merah
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan-Bahan Kisar Halus B –
- 2 inci kunyit hidup
- 4 biji bawang besar
- 4 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 10 biji cili api @ 1 camb lada hitam (Pilihan – kalau nak lebih pedas)
Tambahan rempah ikut citarasa masing-masing.
Bahan-Bahan Kisar Kering –
- 2 camb cengkih
- 2 camb ketumbar
- 2 camb bunga lawang
- 2 camb besar pelaga
- 2 camb jintan kasar
- 2 camb jintan halus
- 1 batang kayu manis
Semua bahan-bahan kena sangai. Kemudian blender halus dan tapis (Bahan-bahan kering ini juga boleh digunakan untuk air rebusan nasi arab)
Bahan Perapan Daging C –
- 3 kg daging dah rebus
- 5 camb kicap manis
- 5 camb rempah sangai
Perap daging selama 15 minit @ 30 minit.
Bahan-Bahan D –
3 kg daging (tak nak yang banyak lemak ye)
2 cawan minyak masak
1 senduk kicap pekat
2 senduk kicap lemak manis
½ senduk gula pasir
5 camb kerisik
10 helai daun limau purut
1 buku sederhana gula melaka
3-4 senduk cili kering kisar
1 camb air asam jawa
2 camt garam
1/2 cawan bawang goreng
1-2 mangkuk air rebusan daging
Cara Memasak:
1. Rebus daging, kalau guna Pressure Cooker, pilih meat/tendon. Masak selama 30 minit. Kalau masak atas dapur selama 45 minit. Simpan air rebusan daging untuk dendeng. Bila dah siap rebus, daging dipotong/hiris. Jangan potong tebal sangat. Kemudian tambah bahan-bahan C. Perap selama 15 minit atau 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng daging sekejap 1-2 minit je. Jangan goreng lama nanti jadi keras dagingnya. Angkat dan toskan minyak. Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, tumbuk acah-acah manja je. Jangan tumbuk sampai hancur pulak ye.
3. Guna lebihan minyak goreng daging tadi dan tumis bahan-bahan A dalam kuali. Masak hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan B serta daun limau purut. Masak hingga naik minyak dan berubah warna. Kemudian tambah bahan-bahan D. Rempah sangai terpulang nak letak lebih atau kurang.
4. Masak lagi hingga agak sedikit garing dan pecah minyak. Baru tambah air rebusan dan daging goreng tadi. Kacau hingga sebati. Kecilkan api dan reneh hingga bahan-bahan secukup rasa manis pedas meresap dalam daging. Biar ada rasa berkuah sikit rasa basah gitu.
5. Biarkan sejuk dahulu, kemudian baru masuk dalam bekas. Dah siap daging dendeng. Buat lebih simpan stok time bulan Ramadhan. Selamat mencuba gais.
Jom Rasa Daging Dendeng Ready To Eat Ni. Cuma Rendam Pek Dalam Air Panas Jer >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan