Nasi

Resepi Homemade Nasi Arab Ayam Panggang

resepi-homemade-nasi-arab-ayam-panggang

Resepi Homemade Nasi Arab Ayam Panggang

Homemade nasi arab. Hari ni bday the one & only anak dara bongsu akak yang ke-18. Dah kena sekatan perjalanan so tak buleh la nak celebrate di luar. Jadi gigih la akak bersilat dari pagi nak prepare nasi arab ni bersama kuncu-kuncunya dalca daging, salsa tomato & air asam untuk cicah ayam panggang. Sian kat dia sebab tinggal di asrama start form 1-5. So tahun ni buleh celebrate di rumah dengan family.

Bahan Ayam Panggang (Serves 5)

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam berat 1.5kg ke bawah/4 keping whole chic leg
  • 1 labu bwg holland*
  • 4 ulas garlic*
  • 1 inc ginger*
  • 1 inc kunyit hidup *
  • 1 sdk buah pelaga

+ Blender/tumbuk bahan bertanda *

  • 1 sdk serbuk jintan manis
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1 sdk serbuk ketumbar
  • 1/2 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titis pewarna merah (optional)

Cara Membuat:

1. Bersihkn ayam, kalo sekor potong 4, rebus dengan air sukatan untuk masak nasi hingga ayam menjadi separuh masak dan simpan air rebusan.

2. Campurkan sume bahan di atas dan marinade kat ayam, perap selama 3-4 jam. Bakor dalam oven atau magic pan selama 1/2 jam atau hingga masak.

Nasi Arab Mudah (Serves 5)

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmati, cuci dan rendam 30 minit dan toskan (akak guna beras basmati moghul FAIZA)
  • 4 1/2 pot air rebusan ayam (begantung pada jenis beras)
  • 1 sdm serbuk jintan putih *
  • 1 sdm serbuk jintan manis*
  • 1 sdm serbuk ketumbar*

+ Bancuh dengan sedikit air bahan yang bertanda *

  • 2 biji tomato belah 4
  • 3 biji cili merah belah dua jangan bagi putus
  • 3 biji cili muda belah dua jangan bagi putus
  • 2 sudu mkn minyak jagung
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 2 tangkai daun ketumbar/pudina (optional)
  • Beberapa titis pewarna kuning dan oren
  • 1 tsp garam n 1 kiub ayam

Bahan Tumis –

  • 1/2 biji bawang besar didadu
  • 3 ulas garlic didadu
  • 1 inc halia dihiris
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 5 bj buah pelaga
  • 3 helai daun bay

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis bahan tumisan hingga wangi. Masukkan semua serbuk rempah yang dibancuh sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili dan daun ketumbar/pudina. Kacau sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Hitam Masala

2. Masukkn air rebusan ayam, pewarna kuning sahaja, garam dan kiub ayam dan biarkan hingga mendidih serta masukkan beras. Kacau sebati dan pindahkan ke periuk nasik elektrik. Masak nasi seperti biasa.

3. Bila periuk nasi on jadi warm, titiskan pewarna oren yang dibancuh dengan sedikit air di atas nasi. Selepas beberapa minit gemburkan dengan sudu garfu.

Bahan Salad Salsa:

  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun dibuang biji
  • 1 batang carrot
  • 1/2 biji bawang besar

+ Potong dadu semua bahan

  • 2 biji lada hijau dihiris
  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus

+ Garam, gula dan jus limau/cuka secukup rasa – campur semua bahan di atas balancekan rasa

Bahan Air Asam:

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili siam
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • Sedikit belacan
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • Garan dan gula secukup rasa
  • Jus limau nipis dan asam jawa
  • Sedikit air untuk blend

+ Campur sume bahan dan blend halus

Nota: Ada satu versi tumis sume bahan rempah ayam dan rebus ayam. Kemudian ayam dikeluarkan dan panggang. Pastu terus masak nasi seperti biasa, boleh je mana-mana. Janji ayamnya dipanggang. Hepi menerai, resepi mudah homemade nasi arab dengan ayam panggang.

Resepi Homemade Nasi Arab Ayam Panggang

Resepi Oleh: Keroroyz Royz