Resipi Daging Masak Merah ala Thai
Siapa di sini yang kalau pergi ke kedai makan Thai atau kedai Tomyam, wajib pesan menu Daging Masak Merah? Kombinasi rasa dagingnya yang manis-manis pedas, kuahnya yang pekat berkilat, serta bauan daun limau purut yang segar memang boleh buat kita bertambah nasi berpinggan-pinggan!
Jom cuba masak daging masak merah ala thai oleh Hajal Aishah Zakirai ni;
Bahan-Bahan:
- Daging rebus dengan pewarna merah hingga lembut (dah siap REBUS potong nipis)
- Bawang putih 2,3 ulas ketuk je
- Cili kisar (ikut lah nak banyak mana)
- Sos cili 1 sudu
- Sos tomato 1 sudu
- Sos tiram 1 sudu
- Sos ikan secukup rasa
- Garam, aji, gula secukupnye
- Bawang besau potong bulat*
- Cili padi hijau potong dua*
- Daun bawang potong 1 inci
- Daun sup (sebagai hiasan tabur atas jah)
Gandakan bahan bertanda (*) atas ni jika daging tu banyak ye. Daging ni saya masak untuk 3 orang makan sahaja.
Cara Memasak:
1. Daging yang dah siap rebus dan potong, perlu digoreng dagingnye. Angkat dan toskan. Minyak yang goreng daging tu tumis bawang putih, cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua sos dan gaul rata.
2. Masukkan perasa, garam, gula dan reneh sekejap baru masukkan daging. Masukkan juga bawang besar bulat yang dipotong, daun bawang, dan cili padi hijau 8-9 biji potong duo (tabur jah). Masukkan juga daun sup sebagai hiasan. Ok done.
Nota:
Untuk memastikan masakan anda setaraf dengan air tangan tukang masak dari seberang, pastikan anda ikuti tips penting ini;
- Gunakan Pewarna Merah Semasa Merebus – Rebus daging bersama sedikit pewarna merah (sirap atau pewarna makanan masakan). Ini rahsia kenapa daging di kedai nampak merah menyala hingga ke bahagian dalam serat, bukannya merah di bahagian luar kuah sahaja.
- Jangan Buang Air Rebusan Daging – Air rebusan daging tadi mengandungi segala rasa manis semulajadi daging (stok daging). Gunakan air ini semula untuk dijadikan kuah semasa proses menumis nanti. Jangan guna air kosong biasa!
- Hiris Melintang Urat – Sentiasa pastikan daging dihiris nipis dan melawan urat supaya ia cepat empuk dan tidak liat apabila dikunyah.
Guna Sos Merah Thai Untuk Daging Lebih Menarik >> SOS LABU THAI

Resipi Oleh: Hajal Aishah Zakirai


