
Daging Dendeng Padu Memang Rasa Sedap dan Padu
Maaf, tumpang lalu ye. “Daging Dendeng Padu “ siap! Serius memang sedap dan padu. Sepadu kasihku padamu.
Bahan-Bahan dan Cara Memasak:
1. Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je. Kalau tengah jiwa kacau elok la tumbuk lepaskan geram. Tapi jangan sampai lunyai pula.
3. Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata gitu. Perap lebih kurang 20 minit. Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu.
4. Sementara tu jom kita kisar bahan tumis;
- 2 inci halia
- 2 biji bawang besar
- 2 batang serai
- 3 ulas bawang putih
Kasi kisar sama dia.
5. Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.
6. Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak. Bukan naik minyak. Itu tahi minyak namanya. Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. banyak lagi sedap aromanya.
7. Masuk setengah cawan air asam jawa. Kacau biar mesra rakyat. Letak 2 sudu gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.
8. Seterusnya, letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati. Masuk daging tadi. Kacau lagi menusuk hati sehingga tersimpul mati. Biarkan daging itu bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.
9. Masuk pula 1 sudu secukup rasa. Tak letak pun tak berdosa. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Liza Idris