Bihun Goreng Limau Purut Rasa Macam Tom Yam
Breakfast tadi bihun goreng limau purut. Ada rasa ala-ala rasa tom yam gitu. Sedap, wangi daun limau purut, pedas semua ada. Jom tengok resepi.
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
- 10 helai daun limau purut
- 2 biji bawang besar **
- 4 ulas bawang putih**
- 4- tangkai cili padi kering – dipotong halus
- 5-6 biji cili padi**
- 2 biji telur
- 1 kiub ayam
- Isi ayam, udang dan fishcake
- Kobis dipotong kecil
- Carrot dipotong mancis
- Garam dan sedikit gula
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Daun limau purut dihiris halus-halus. Blend bahan bertanda (**). Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan blend, cili kering dan daun limau purut hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan masak hingga empuk. Kemudian, masukkan fishcake, udang, garam, gula dan kiub ayam. Masukkan pula sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Seterusnya, masukkan bihun dan kedua-dua jenis sayur. Tolak bihun ketepi sekejap, pecahkan telur dan kacau-kacau biarkan telur garing sekejap.
4. Gaul hingga rata dan goreng hingga bihun, sayur-sayuran lembut dan masak sekata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang serta bawang goreng.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar