Resepi Nasi Goreng Daging Burger

Resepi Nasi Goreng Daging Burger

Petang-petang gini kalau dapat makan nasi goreng daging memang syahdu oih. Nak pula hujan membasahi bumi. Sejuk, nyaman, dapat menyuap nasi goreng dan menghirup teh o panas. Purrrrfect! Kata orang jawa.

Simple, sedap dan sesuai untuk bila bila masa saja. Cubalah, mesti korang pun suka.

Kakchik hidangkan dengan daun salad, telur mata gedik, kepok warna warni dan teh o panas. Hurmmmm kenyang gais. Rasa macam nak hanyut dah ni.

Setiap suapan kaya dengan potongan daging yang lembut. Terasa lengkap sepinggan nasi goreng, seperti lengkapnya rasa kasih sayang kakchik pada mu.

Bahan-Bahan:

  • 6 cawan nasi sejuk
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 3 keping daging burger
  • 2 butir telur

Cara Membuat:

1. Kakchik kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili hingga halus. Tumisan dalam minyak yang telah kita panaskan. Walaupun hati kita panas dengan segala janji-janji palsu. Tetaplah bersabar ye adik kakak.

2. Kacaukan semua bahan tumis sampai semua pecah minyak. Biarlah apa pun yang berlaku, berjanjilah kita semua kekal bersatu. Bukan berpecah. Ingat, rakyat jaga rakyat.

3. Potong kekotak daging burger kegemaran adik kakak. Kakchik potong masa daging masih sejuk beku. Bukan hati kita yang membeku kerana setiap halangan Dan dugaan pasti akan ada ganjarannya.

4. Kacau-kacaukan supaya daging tadi masak elok. Biarkan daging kita tadi masak elok. Kalau nak buat makan dengan lempeng pun sedap sangat dah ni. Tapi kita kan nak masak nasi goreng. Lupa lah tu.

5. Masukkan telur dua butir. Biarkan sedikit keras baru kita kacaukan rata semua nya.

6. Bila semua bahan sudah masak sekata boleh lag kita perasakan dengan garam. Kacau rata supaya semua bahan dapat rasa masin yang adil. Jangan jadi seperti sesetengah orang. Janji tapi tak ditepati.

7. Masukkan nasi sejuk ke dalam kuali. Seeloknya nasi semalam atau nasi yang telah dianginkan. Gemburkan nasi biar semua rata.

8. Tadaaaa. Dah siap, jom buat air teh o. Kalau dapat kopi o kaw pun sedap ni. Nampak seksi sungguh sikgoyeng ini.

Dah jom ajak anak dan suami makan. Kakchik makan 2 pinggan wei. Masa makan bahagia, sekarang ada rasa sedikit kesal. Apapun kakchik bersyukur, masih boleh makan sikgoyeng kegemaran. Babai korang.

Resepi Nasi Goreng Daging Burger

Resepi Oleh: Umi Watie