Resepi Kuih Siput Rangup Sedap Rasa Berempah
Assalamualaikum, selamat pagi, hari ni saya kongsikan resepi kuih siput yang sedap, ranggup, gebu, tak keras dan berempah. Sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan untuk Hari Raya nanti.
Bahan-Bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 sudu besar butter dicampur dengan sedikit minyak masak dan dipanaskan
- 1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
- Garam dan Gula secukup rasa
- Serbuk perasa ajinomoto jika suka
- Air yang secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar:
- 1 sudu besar jintan manis
- 3/4 cawan udang kering @ ikan bilis
- 3 sudu besar cili blend
- 1 sudu makan serbuk kari
- 2 sudu makan ketumbar
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 10 tangkai daun kari (digoreng terlebih dahulu)
Cara Membuat:
1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga semuanya sebati. Masukkan telur dan santan uli sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit uli sehingga doh menjadi lembut.
2. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput. Ulang langkah ini sehingga doh habis. Yang ni kalau buat ramai-ramai lebih seronok. Cepatlah siap.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Masukkan kuih siput yang telah siap digentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan. Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu.
4. Bila dah siap digoreng boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.
Guna Acuan Kuih Siput Macam Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nur Masri