Resipi Biskut Bangkit Cheese Cara Mudah

Resipi Biskut Bangkit Cheese Cara Mudah

Dah lama teringin nak buat Biskut Bangkit Cheese ni. Tengok bahan semua ada dah. So, ini tahun kita try buat sendiri. Tapi resepi ni kita olah sikit tau.

Bahan A:

  • 250gm Buttercup
  • 50gm Cream cheese Tatura
  • 150gm Gula Icing
  • 2 biji Kuning Telur
  • 2 sudu besar Susu tepung
  • 100gm Cheddar Cheese (ketul/diparut)

Bahan B:

  • 290gm Tepung Ubi Kayu (disangai)
  • 280gm Tepung Jagung (disangai)

Cara Penyediaannya:

1. Satukan buttercup, cream cheese dan gula icing dalam bekas. Mix sebati guna senduk kayu. Pukul sekadar sebati sahaja, tak perlu pukul kembang ye.

2. Kemudian masukkan kuning telur. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung dan cheese yang diparut. Kaup balik lagi.

3. Masukkan pula tepung ubi dan tepung jagung sedikit demi sedikit ye. Tambah tepung jika perlu. Gaul sebati dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. Adunan ni agak berderai tetapi masih lembut dan mudah untuk dicanai. Kemudian bolehlah ditekap guna acuan pilihan.

4. Susun biskut ke dalam dulang pembakar, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150-160c selama 20-25 minit api atas bawah, bergantung pada oven masing masing ye.

Selamat memBANGKIT.

Kepada Peminat Kuih Bangkit Santan, Boleh Cuba Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Biskut Bangkit Cheese Cara Mudah

Resipi Oleh: CikPuan SitiMasitah