
Resepi Apam Pisang Berangan
Bahan-Bahan:
Bahan A –
200g minyak masak
200g gula pasir (kalau pisang masak ranum, boleh kurangkan kepada 180g sahaja)
4bijik telur A/B
5-6 bijik pisang berangan (300g)
1/2 sdt esen vanilla
1/2sst esen pisang
Bahan B –
2 cwn (250g) tepung gandum
1/2 sdt garam halus
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
+ Bahan-bahan di atas di ayak 2 kali bersama
Cara Membuat:
1. Blend minyak, telur dan gula smpai gula hancur. Masukkan pisang serta esen vanilla dan esen pisang. Blend lagi sampai pisang hancur.
2. Dalam mangkuk, tuang adunan yang diblend tadi ke dalam besen. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
3. Gaul bahan tadi dengan hand whisk perlahan-lahan sampai sebati. Buat 3 kali dan gaul sebati.
4. Sapu minyak pada acuan lompang dan tuang hampir penuh. Letak hirisan pisang dan kukus selama 15 minit sahaja.
5. Buat sampai habis dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Norma Azuwa Zakaria dari FB Group MAHN