Daging

Resepi Tulang Lembu Masak Bawang Kicap

resepi-tulang-lembu-masak-bawang-kicap

Resepi Tulang Lembu Masak Bawang Kicap

Lepas ni kalau nak makan masakan bawang kicap dah tak perlu keluar ke kedai mamak dah. Kita buat sendiriiii ajer. Ben guna tulang lembu. Tapi boleh tukar guna daging/ayam. Gigit manja pun dah terurai daging dari tulang. Lembut senang makan.

Tips dulu untuk hasilkan hasil yang sedap;

  • Kalau guna tulang /daging, nak lembutkan senang aja. Masukkan dalam pressure cooker, letak garam sikit daun kari dan air. Tetapkan masa. Terus lembut. Daging potong buku tau. Nak bertambah sedap, kita saute kan dia. Ben panaskan minyak dan letak daun kari garingkan bahagian luar dan angkat. Kalau ayam senang. Lumur garam, kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng 3/4 masak.
  • Jintan manis jintan putih Ben tumbuk untuk lagi sedap terasa.

Jom tengok cara masak dan sukatan bahan di setiap gambar. Ada tips sekali di situ;

1. Tulang lembu yang dah selesai dikeluarkan dari pressure cooker di garingkan bahagian luar dengan minyak serta daun kari sekejap.

2. Ni bahan kuantiti untuk 1 – 1.5 kilogram tulang lembu/daging/ayam. Potong halus 5 biji bawang merah saiz bola pingpong. Hiris nipis dan goreng kekuningan. Angkat dan toskan.

3. Guna minyak yang sama goreng tulang tadi. Tambah sedikit lagi dan tumiskan naik bau 4-5 tangkai cili kering yang dibuang biji, 1 batang kulit kayu manis, 5 buah pelaga, 2 cengkih serta 3-4 tangkai daun kari.

4. Tumis naik bau dan masukkan 2 sudu makan kisaran bawang putih serta halia. Tumis lagi dan tambahkan pula kisaran 3 biji bawang merah saiz bola pingpong. Bila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu makan cili kisar dan sambung tumis. Baru masukkan rempah kari (sebanyak 3 sudu makan.

5. Masukkan juga 1 sudu teh jintan manis, 1 sudu teh jintan putih, 1 sudu teh garam masala yang ditumbuk. Kecilkan api dan kacau sebati. Biarkan masak rempah agar tak terasa dan api kecil. Nanti pahit sebabb hangit.

6. Kalau tak cukup minyak, tambah minyak. Takpe. Bila nampak dah terbit minyak, letak air rebusan tulang semangkuk kecil. Sambung reneh tumis rempah kari sampai pecah minyak 2-3 kali.

Resepi Tulang Lembu Masak Bawang Kicap

7. Dah cantik terbit minyak dan aroma naik ke hidung dah, tambah setiap satu jenis 1 sudu makan. Sos cili, sos tiram, dan kicap pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Masak Kicap Berapi

8. Kacau sebati dan perasakan dengan garam gula ikut tekak anda. Tapi berhati-hati sebab kita dah letak garam masa rebus tulang. Kalau tak pandai agak, garam jangan letak lagi.

9. Kacau sebati dan masukkan tulang lembu. Baru kacau dan rasa balik dah ok ke belum ikut tekak akak.

Resepi Tulang Lembu Masak Bawang Kicap

10. Masukkan semula bawang goreng tadi dan potongan cili serta taburan daun ketumbar. Aroma dia bercampur bau dalam nada harmoni pada hidung. Sedap bau. Dah siap dah.

Makan dengan nasi putih atau nasi beriani memang sesuai sangat ni.

Resepi Tulang Lembu Masak Bawang Kicap

Resepi Oleh: Ben Safwan