Nasi

Resepi Nasi Beriani Gam Cara Mudah

resepi-nasi-beriani-gam-cara-mudah

Nie resipi untuk makan lebih kurang 10-12 org.

Resepi Nasi Beriani Gam

Bahan-Bahan:

3 cawan Beras Moghul Faiza
ayam separuh potong sedang-sedang
1 senduk rempah beriani mak siti
4 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras)
hiris bawang merah dan putih agak-agak
sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.
sedikit daun pudina
1 biji tomato di potong 4
1 sudu minyak sapi
setengah senduk minyak masak

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi, kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan. Tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air.

2. Tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air, bila dah nak didih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak.

3. Agak-agak ayam dah masak, masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam tak perlu kacau. Terus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan. Ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.

4. Bila dah kering, kecikkan api, titikkan pewarna kuning diatas. Nasi jangan kacau, terus tutup dan biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Bila dah kering baru gaulkan.

Tips:

– Kalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk atau rebus dulu daging.
Rempah Beriani Mak Siti boleh taruk lebih kalau nakkan nasi tu rasa rempah.

Resipi Salad Beriani:

Timun jepun, tomato, lemon (dipotong dadu), garam & secukup rasa.

Resipi Sambal Masak Merah:

Cili kering direbus, bawang putih, bawang merah, serai, gula melaka & air asam jawa dikisar. Kemudian tumiskan bawang Holland dengan bahan yang dikisar & sos [email protected] puree. Masukkan sedikit santan, pastu baru masukkan ayam goreng (yang telah digaram, kunyit & rempah kari), tomato dan sedia dihidang.

Resepi Oleh: Esya Eisya