Daging, Sup

Resepi Sup Tulang Tanpa Rempah Bunjut

resepi-sup-tulang-tanpa-rempah-bunjut

Resepi Sup Tulang Tanpa Rempah Bunjut

Sudah tentu ramai yang gemarkan Sup sebagai pelengkap hidangan. Hari ni kakak masak Sup Tulang Lembu tanpa menggunakan rempah sup dan bunjut sup.

Bahan Utama:

Anggaran 2 kg tulang lembu. Boleh gunakan bahagian apapun yang menjadi kegemaran anda. Sama ada ekor, rusuk ataupun nak tukarkan kepada daging pun apa salahnya.

Kisar Hancur:

  • 9 biji bawang kecil atau bawang besar (300g)
  • 25 biji bawang putih (300g)

Mudahkan! Hanya dua bahan saja.

Bahan Menumis Hiris Halus:

  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia.

Kakak hiris guna penyagat saja supaya rendah risiko kecederaan.

Bahan Rempah:

  • 20 biji bunga cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 4 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun salam untuk bangkitkan aroma.

Kakak guna ubi kentang 300g dan lobak merah anggaran 600g. Lagi sedap tambahkan 1 biji tomato.

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis bahan. Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih yang telah dihiris. Kacau sehingga agak kekuningan. Tumiskan bahan rempah. Wanginya!.

2. Seterusnya, masukkan bahan kisar. Kacau dan masakkan sehingga masak. Apabila bahan ini tidak cukup masak, kesannya akan dirasai ketara pada kuahnya nanti.

3. Bahan kisar pun dah masak dan garing. Kita masukkan tulang yang telah dicuci tadi. Gaul rata sehingga separuh masak. Suhu api dapur sedikit perlahan supaya elak hangit. Kemudian, tambahkan air anggaran 3 atau 4 liter. Biar mendidih. Setelah didih, tambah lagi air sehingga tenggelam tulang. Besarkan api.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Bakar Dengan Sos ala Thai

4. Biasanya akan timbul keladak di permukaan kuah. Kaup buangkan keluar. Keladak inilah yang menjejaskan rasa sup. Waktu ni, boleh tambah 1 daun salam dan reneh selama 1 jam di atas dapur biasa.

5. Apabila cukup reneh 1 jam. Kakak masukkan lobak merah dan ubi kentang. Masukkan juga perasa, gula atau garam secukupnya. Tumbuk halus biji lada hitam. Kakak gunakan hanya 2 sudu makan. Tumbuk sekali biji lada putih 1 sudu makan juga. Jika masih tak empuk, tambah sedikit air lagi. Teruskan reneh selama 30 minit.

6. Oh ya! Lagi beberapa minit nak tutup api dapur. Boleh masukkan tomato. Daun sup, bawang goreng dan perahkan limau nipis. Hidangkan bersama sambal kicap. Ahhh terangkat kening kakak masa hirup kuah sup ni.

Pesanan kakak: Tomato tidak boleh letak sebiji-sebiji. Perlu belah 3 atau 4 bahagian supaya tidak berebut.

Resepi Sup Tulang Tanpa Rempah Bunjut

Resepi Oleh: Hajar Mohd