Resepi Singgang Tulang Rusuk ala Kelantan
Maaf resepi berhantu cikgu tunjuk hari tu tertangguh. Sehari dua mood cikgu masih sedih dengan pemergian mengejut dan berita kematian bersilih-ganti yang cikgu baca dekat medsos ni. Allahuakbar. Semoga DIA mengampuni dosa kita semua.
Sedikit perkongsian berkenaan resepi singgang ini, cikgu nak bagitahu tentang rupanya. Ada dua jenis singgang cara orang Kelantan masak. Satu kuah warna cerah, satu lagi warna merah macam cikgu buat tu. Bezanya hanya letak cili kering sahaja. Mana lagi sedap? Dua-dua cikgu suka. Tak jauh beza pun.
Haa istimewanya juga kuah singgang cikgu ikut cara masak tersendiri. Nak tahu kena tengok sampai habis. Regu singgang tulang ni wajib ada daging goreng kunyit. Pastinya bahan yang digunakan menambahkan lagi kesedapannya. Tak lupa juga ulam budu. Serius tak cukup nasi sepinggan makan begini. Kawan cikgu mesti cuba.
Jom masak. Resepi untuk 1/2 kg tulang rusuk lembu
1. Selepas tulang dibasuh bersih, masukkan air menutupi tulang. Banyak pun takpa. Sebab proses nak melembutkan daging yang ada melekat sekali tu ambil masa kira-kira satu jam lebih atas api dapur.
2. Kemudian sediakan bahan kisar & bahan hiris seperti kuantiti dibawah;
Bahan Kisar:
- 1 sudu besar ketumbar (tumbuk lagi sedap)
- 1/2 inci halia
- 1/2 lengkuas
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- dua hiris nipis serai
- 1 tangkai cili kering (dibuang biji – nak tumbuk pun boleh)
Bahan Hiris:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 1 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 tangkai cili kering (dikerat dua)
- 2 tangkai cili padi merah dan hijau
3. Bahan kisar diatas dikisar dengan sedikit air. Tuang bahan kisar dalam kuah singgang. Biarkan kuah mereneh hingga daging melembut.
4. Kemudian tambahkan bahan pinggan hirisan tadi. Lengkuas, halia, serta bawang putih dihiris memanjang. Masukkan perasa, 1/2 keping nisse, gula, garam dan ajino ikut citarasa sendiri. Cikgu suka kuah singgang yang lengkap semua rasa.
5. Paling penting kena ada serbuk perencah Hilal. Boleh cari dekat Tesco. Barulah lengkap rasa kuah singgang kita. Jangan lupa dua keping asam gelugur. Sambunglah mereneh sehingga daging betul-betul empuk dalam api perlahan.
6. Sebelum api ditutup, masukkan keratan cili kering, cili padi merah dan hijau. Alhamdulillah siap. Serius sedap. Kawan-kawan cikgu kena cuba buat singgang guna resepi cikgu nih.
Semoga resepi cikgu bermanfaat. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Afy AL Habibi