Kek

Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy

resepi-kek-marble-gebu-dan-super-fluffy

Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy

Akhirnya tewas jugak mama Harris, buat kek untuk makan sendiri. Diet lain kali lah pulak. Ramai mintak resepi, Wani edit share resepi kat sini la senang. Sorry baru ada masa nak buka blog untuk copy dan paste kt sini..

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan butter cair atau majerin cair (masukkan nanti siap mix dan kacau sebati)
  • 6 biji telur gred B (kalau boleh guna telur baru, kalau kita pecahkan tu telur kuning tak pecah)
  • 3/4 cawan gula kastor (dekat nak sampai 1 cawan)
  • 1/2 sudu kecil KFC garam halus vaccum
  • 1/2 cawan susu cair atau santan pekat (wani guna susu cair dairy champ je)
  • 1 sudu kecil creamy vanila atau butter vanilla atau esen vanilla pun boleh (wani guna creamy vanilla)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 cawan susu tepung full cream (letak susu anak pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan Untuk Corak Marble:

  • 1 senduk adunan kek
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil emolco coklat

Cara Penyediaannya:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas mix, kecuali majerin cair. Mula-mula mix slow 1 minit (no.2) bagi sebati dulu, lepas tu Wani mix laju 3 minit (no.4/5) sampai gebu (bergantung pada mixer masing-masing ye, lama mana nak jadi gebu tu). Bila tengok adunan dah gebu gebas berubah warna cerah makin putih sikit tu ok la boleh stop.

2. Masukkan majerin cair, dan kacau sehingga sebati (kaup balik je dengan sodik kayu. Tips; Pastikan majerin cair tu suam-suam sikit, suam macam bancuh susu kat baby je. Untuk nak hasilkan texture kek yang lembab kita makan tu tak rasa nak tercekik).

3. Ceduk 1 senduk adunan kek letak dalam mangkuk, masukkan serbuk koko dan emolco coklat. Kacau sehingga sebati, ok siap adunan coklat untuk corak marble.

Cuba Resepi Ni:  Red Velvet Cupcakes dengan Cream Cheese Frosting

4. Tuangkan adunan dalam loyang saiz 9″ atau saiz 10″ yang dah siap letak majerin, nak tinggi cantik guna loyang saiz 9″. Tompok-tompokkan adunan coklat kat bahagian atas kek, guna lidi buat gerakan S lalu kat semua bahagian kek untuk hasilkan corak marble.

5. Bakar pada suhu 165°C – 170°C selama 55 minit, panaskan oven selama 5 minit baru masukkan kek (biasanya suhu ni kena ikut oven masing-masing, oven wani saiz kecil comel je).

Tips: Wani taburkan tepung gandum sikit-sikit kat loyang masa lepas letak majerin tu untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang, kalau nak guna baking paper pun boleh. Biasa Wani buat macam ni masa baking paper habis je.

Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy

Resepi Oleh: Wanie Rusly