Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Pes Ikan Bakar Pencicah Air Asam

resepi-pes-ikan-bakar-pencicah-air-asam

Resepi Pes Ikan Bakar Pencicah Air Asam

Puas hati makan ikan bakar camni. Lebih sedap dari sesetengah kedai ikan bakar tau, Ni resepi Ben berikan. Nak sedap memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Aroma dua tu bergabung. Bakar sampai juicy sahaja. Jangan over nanti kering tak sedap sangat bagi tekak Ben.

Pertama sekali kena buat pes ikan bakar. Nak sedap sama macam tekak Ben rasa, follow sebijik-bijik apa yang Ben buat.

Bahan Pes Ikan Bakar:

  • 600-700 gram cili kisar
  • 5 biji bawang merah saiz bola pingpong dibakar dengan arang
  • 3 ulas bawang putih dibakar dengan arang
  • 1 biji bawang holland saiz bola tenis dibakar dengan arang
  • 1 biji tomato besar saiz bola tenisdibakar dengan arang sampai kulit mulai tercabut
  • 1 tangkai ketumbar dan akar 70-90 gram
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 2 cm panjanghalia muda
  • 4 cm panjang lengkuas
  • 2 cm panjang kunyit
  • 5-6 lada burung pedas ( lebihkan kalau suka pedas
  • 3×3 cm belacan dibakar arang
  • 2 pek perencah ikan bakar ADABI
  • 3 sudu makan kicap pekat jalen
  • 2 batang serai
  • 1 sdm makan asam jawa amek air dia
  • 1 sdm serbuk perasa
  • Gula perang secukupnya, garam (bagi masak biar rasa lebih sikit manis masin sebab nak makan dengan nasi)
  • Minyak untuk menumis – Guna minyak banyak nanti akhir proses baru buang minyak

Cara Membuat:

1. Bakar bawang yang perlu dibakar. Ben guna arang sabab aroma lebih sedap. Lepas tu masukkan semua bahan dan kisar kecuali cili kisar dan air asam jawa.

2. Tumis semua bahan kecuali cili kisar dan asam jawa. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar. Lepas tu baru perasakan dan biar pecah minyak lagi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Salad Ketam Mudah Tapi Sedap

3. Dah rasa cukup, sejukkan, buang lebihan minyak sikit dan simpan dalam peti.

Resepi Pes Ikan Bakar Pencicah Air Asam

Cara Membakar:

1. Masukkan 1-2 senduk pes ikan bakar atas daun pisang dan baru letak ikan yang siap dikelar. Tambah lagi pes 1-2 senduk dan tutup dengan daun pisang.

2. Bakar atas bara api. Tinggikan sedikit jarak bara dan permukaan daun pisang supaya tak mudah hangit. Bakar sehingga ikan mulai masak dan masih juicy.

Cara Buat Pencicah Air Asam:

1. Dalam mangkuk letak hirisan daun ketumbar sikit, lada burung hiris. Tambah 3 sudu makan pes air asam, 1 sudu makan minyak cili, 1 sudu makan jeruk lada solok bersama air jeruk, 1 sudu teh serbuk cili thai dan 2 sudu makan kicap manis.

2. Kacau rata. Siap. Dah boleh makan seisi keluarga. Berbaloi baloi.

Resepi Pes Ikan Bakar Pencicah Air Asam

Resepi Oleh: Ben Safwan