Snek, snek

Cara Buat Popcorn Karamel Berperisa Jagung

cara-buat-popcorn-karamel-berperisa-jagung

Cara Buat Popcorn Karamel Berperisa Jagung

Assalamualaikum wbt. Sis Angah Izan kongsikan sahaja menu yang termudah. Mana tahu, anak-anak dimusim cuti ni suka dengan menu ni.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan jagung popcorn
  • 2 Sudu makan mentega
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali dan masukan mentega bersama garam. Setelah sedikit cair masukan pula jagung sambil dikacau sedikit.

2. Setelah bunyi jagung dan mengembang tutup kuali rapat dan biarkan jagung terus nenggembang. Sehingga bunyi tidak kedengaran lagi tutup api.

Bahan Untuk Karamel:

  • 5 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Sedikit pewarna/perisa jagung kuning
  • Sedikit pewarna oren

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali. Masukan gula dan kacau perlahan sehingga gula cair sedikit. Masukan pula mentega juga pewarna dan kacau rata.

2. Setelah menjadi karamel masukkan pula jagung yang siap di goreng tadi. Kacau dan ratakan. SIAP!.

Cara Buat Popcorn Karamel Berperisa Jagung

resepi Oleh: Angah Izan