
Resepi Ikan Bakar Sambal Sedap
Cerita semalam, makan malam awal sebab en. suami dah tak sabar nak makan. Aktiviti membako untuk diner, ikan jenahak, sotong dan udang bakar sambal. Makan bersama kicap limau dan air asam, sup daging batang pinang potong nipis-nipis. Alhamdulillah, semua terlajak kenyang.
Bahan Ikan Bakar:
1 ekor ikan jenahak/siakap/gerut-gerut/kerapu – bersihkan dan belah 2
Bahan Perap Ikan –
2 batang serai-tumbuk halus
2 inci kunyit hidup – tumbuk halus
Sedikit garam kasar -tumbuk sekali dengan kunyit hidup & serai
+ Sapukan rata bahan-bahan perap pada ikan. Perap ikan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dibakar, tapi tak perlu letak kat bahagian beku ye.
Bahan Sambal Ikan Bakar:
- 5 biji cili merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 sudu besar sos sri racha*
- 2 sudu besar cili kisar*
- 3 sudu besar pes tom yam*
- 1 sudu besar sos cili thai*
- 3 sudu besar thai shrimp crushed chilli
- Garam
- Asam jawa
- Gula
- Perasa
- 1 1/2cawan air dibancuh dengan 2 sudu kecil tepung jagung (sebagai bahan pemekat)
- Minyak masak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda (*). Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar, kacau 1-2 minit. Kemudian masukkan thai shrimp crushed chilli dan tumis lagi hingga cili garing.
2. Bila cili dah kelihatan garing, masukkan bancuhan air tepung jagung bersama asam jawa, garam, perasa dan gula secukup rasa ye.
3. Kacau dan masak hingga sambal mencapai kepekatan yang anda suka, sesuaikan rasa. Bila dah secukup rasa dan cukup kepekatan yang anda mahu, bolehlah tutup api.
4. Sambal ini telah sedia untuk disapu nipis atas ikan yang hendak di bakar. Bila ikan hampir masak, curah lebih sikit lagi sambal atas ikan beberapa minit sebelum ikan selesai proses bakar.
Nota: Resepi dan proses yang sama juga untuk udang dan sotong ye. Sedap dimakan bersama air asam.
Resepi Oleh: Adnil Sam