
Nugget Ubi Keledek Anak-Anak Mesti Suka
Snek yang sedap dan berkhasiat untuk minum petang atau bekal anak ke sekolah. Bahan-bahan pun ringkas dan mudah. Boleh dijadikan idea bagi yang nak berniaga.
Bahan-Bahan:
- 300 grm ubi keledek
- 1 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam secukupnya
- Tepung goreng serba guna Bestari
- Air
- Serbuk roti secukupnya
- Ice cream stick (optional)
Cara Membuat:
1. Kukus ubi keledek hingga empuk kemudian lenyekkan. Masukkan tepung ubi kayu dan garam. Kacau sebati.
2. Ambil sedikit adunan dan bentukkan ikut suka. Saya bentukkan seperti ice cream guna ice cream stick.
3. Ambil tepung serbaguna Bestari (saya guna yang ‘pedas’). Kemudian campurkan dengan air secukupnya hingga menjadi bancuhan yang agak pekat sebagai pencelup.
4. Celupkan nugget keledek ke dalam adunan pencelup tadi kemudian golekkan ke dalam serbuk roti. Tekan-tekan supaya serbuk roti melekat elok.
5. Goreng secara terendam hingga nugget kecoklatan. Angkat dan toskan. Boleh letak topping mayonis dan sos tomato/cili jika suka.
Resepi Oleh: Eka Zahra