Cara Buat Pau Jadi Kembang Gebu Elok

Cara Buat Pau Jadi Kembang Gebu Elok

Salam, kali ini kak cik kongsikan beberapa persoalan tentang pau. Kak cik hanya mampu jawab soalan-soalan ini berdasarkan cara kak cik buat dan sedikit pengetahuan serta pengalaman kak cik semasa hasilkan pau (cara manual). Diharap ilmu yang sedikit ini dapat kita kongsikan bersama dan kalau ada kesilapan kak cik dalam perkongsian kali ini dapat ditegur dan diperbetulkan. Untuk lebih terperinci mohon sahabat-sahabat belajar dari tenaga pengajar yang lebih mahir tentang penghasilan pau ini. Terima kasih.

1. Macam mana nak elak dari inti bocor ye?

Jawapan: Masa masuk inti doh tak boleh nipis, intinya jangan basah. Buat lembap sahaja, satu lagi inti tak boleh terlebih minyak, susah nak tutup balik dan rounding selepasnya.

2. Inti kelapa nak bagi pekat macam mana, air gulanya keluar?

Jawapan: Inti kelapa kalau masak bila dah angkat, boleh kepal bulat-bulat sesuai untuk buat inti pau. Dia takde meleleh air gulanya. Cadangannya, letak sedikit tepung gandum dalam kelapa supaya bila dikepal tak berderai.

3. Saya buat selalu tak cantik, kedut dan tak kembang, boleh bagi petua tak?

Jawapan: Ada beberapa sebab pau mengecut bila dah masak;

  • Doh terlebih kembang – overproofing.
  • Kukusan kena balut penutupnya.
  • Terlebih masa mengukus.
  • Api dapur tak boleh terlalu besar.

4. Saya buat kadang-kadang elok mulus, kadang-kadang berkedut. Tak tahulah mana silapnya, tudung pengukus dah balut, kukus dalam 7 minit, bila buka mesti ada yang kedut juga.

Jawapan: Buat banyak ke? kalau banyak susah sikit nak jaga doh, macam-macam faktor boleh jadi pau kedut ni. Suhu, masa, kuantiti doh semuanya berkait-kait. Tak apalah, boleh cuba lagi. Pau kedut pun sedap dan lembut.

5. Yang mana hasilnya yang terbaik? yang letak ovellet atau yang guna tepung pau tanpa bread improver?

Jawapan: Dua-dua ok, bagi kak cik kalau guna tepung pau tak perlu improver/softener sebab kejadian tepung dah cantik halus dan kelebihan pau dari tepung pau lebih putih.

6. Tepong brand ape yang kak cik guna?

Jawapan: Cap sauh, cap ros, cap kunci, cap lili kuning, dan tepung pau.

7. Lepas dah bulatkan pau, agak berapa lama nak tunggu kembang baru boleh kukus?

Jawapan: Sekitar 30 minit, dah kembang, ringan dah boleh kukus. Suhu persekitaran kena tengok juga, kalau hari panas doh lebih cepat kembang.

8. Kalau guna tepong pau sukatan air sama juga ke?

Jawapan: Guna tepung pau bakers’ choice lebih kurang sama tapi jangan letak semua air. Kena letak sikit-sikit dulu, takut doh terlembik sebab tepung pau halus kejadiannya. Bila doh dah cantik lembut dah tak perlu tuang air lagi.

9. Kenapa pau saya tak putih?

Jawapan: Untuk putih selalunya pau;

  • Yang guna tepung pau.
  • Yang guna pemutih pau (yang ini kak cik tak pernah guna)

10. Cara bancuh pau tu elastik macam roti ke?

Jawapan: Uli macam biasa sahaja ni, tak dapat elastik, uli tangan.

11. Berapa lama nak dikukus?

Jawapan:

  • 8-10 minit (saiz maxi iaitu 1 kg bahagi kepada 32)
  • 7 minit untuk yang saiz biasa.

12. Kejadian pau;

  • Pau kg = lembut dan sedikit padat.
  • Pau kg + ovalette = lembut dan kurang padat.
  • Pau kg + bread softener dan improver = lebih gebu dan ringan.
  • Lebih lembut guna tepung pau.
  • Untuk sebarang tepung gandum, lepas dah masak jangan bagi terdedah pada kipas angin.

Bahan-Bahan Buat Pau:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 paket yis
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb gula
  • 2 sb shortening
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan air (sukatan air boleh ditambah jika doh masih liat)
  • 1 sk garam
  • minyak masak (masa ulian)

Cara Membuat:

1. Potong daun pisang dan basuh bersih, lapkan daun dan ketepikan.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali air, gaul rata jadi berserbuk. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli selama 10 minit dan biarkan sekejap. Masukkan 1 sudu besar minyak masak, uli lagi 5 minit. Tambahkan 1 sudu besar minyak masak lagi, tengok kejadian doh, jika masih liat, masukkan sedikit demi sedikit lagi air sambil diuli hingga jadi doh yang lembut.

3. Biarkan doh kembang dalam 30-40 minit dalam bekas kedap udara. Bergantung juga kepada suhu persekitaran, semakin tinggi suhu, semakin cepat doh mengembang. Setelah doh dah kemban, keluarkan dari bekas, uli sekejap untuk buangkan angin. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bebola kecil, kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah. Masukkan inti, setelah itu ditutup dan letakkan di atas potongan kecil daun pisang atau boleh juga digunakan potongan kertas.

4. Setelah itu susun dalam bekas (tray) kukusan. Biarkan sekejap (30-40 minit). Didihkan air, doh akan terus kembang dan menunggu untuk dikukus. Bila air sudah mendidih, kukuskan pau selama 8-10 minit (ikut besar mana yang kita buat). Balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelak wap jatuh ke atas pau. Untuk mengelakkan pau mengecut atau kedut, jangan kukus lama sangat.

Guna Breadmaker Macam Ni Untuk Buat Pau Jadi Lebih Mudah >> KLIK DI SINI

Cara Buat Pau Jadi Kembang Gebu Elok

Resipi Oleh: Noor Ali