Minuman

Resepi Minuman Coconut Shake Pandan Pudding

resepi-minuman-coconut-shake-pandan-pudding

Resepi Minuman Coconut Shake Pandan Pudding

Rasa segar bila dapat minum coconut shake dengan gabungan puding pandan. Nampak macam ala-ala cendol gitu, guna santan segera pun menjadi.

Bahan Pandan Pudding:

  • 2 cawan air⁣
  • 1 paket Serbuk Santan Pandan @snpsantan ⁣
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar⁣
  • 2 sudu gula⁣
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau⁣
  • 1/2 sudu kecil perasa pandan⁣
  • secubit garam

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali garam kedalam periuk. Kacau sampai semua larut. Buka api perlahan, kacau sampai mendidih. Tutup api.

2. Tambah secubit garam dan kacau. Tapiskan kedalam bekas, biar sejuk suhu bilik. Masukkan dalam peti ais biar dia mengeras.

Bahan Coconut Shake:

  • 1 tin susu cair⁣
  • 1/2 tin susu manis (tak suka manis, boleh kurangkan ikut citarasa)⁣
  • 2 biji kelapa muda (ambil air dan isi kelapa)⁣
  • 1 gelas ais⁣
  • 2-4 scoop aiskrim vanilla (guna jenama Walls)

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam blender (faa guna blender besar, kalau tak muat, blend dua kali). Kisar sampai lumat. Ambil pandan pudding dan masukkan dalam gelas. Tuang coconut shake dan siap. Hidangkan.

Resepi Minuman Coconut Shake Pandan Pudding

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo