Resipi Dessert Mudah dan Sedap Puding Triffle

Resipi Dessert Mudah dan Sedap Puding Triffle

Hi! Office sis ada buat makan-makan, sis just prepare puding triffle je lah. Dulu sis pernah buat puding triffle ni untuk dessert makan beradap majlis kahwin sepupu around few years ago. Harap rasa dapat memikat jodoh eh gitu.

Bahan Based:

  • Kek swiss roll pandan/chocolate

Bahan Tengah (Custard):

  • 1 cawan tepung custard
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2-3 sudu besar susu pekat

Nota: Untuk custard, kalau nak buat sikit just bahagikan dua je la sukatan. Contoh: Sepatutnya yang saya buat guna 2 cawan, tapi awak buatla 1 cawan je.

Bahan Top (Jelly):

  • Jelly buah (strawberry/raspberry) – Jenama Nona atau brand yang korang biasa guna sebeb sis selalu guna yang Nona je.

Jangan lupa bahan yang ni sekali:

  • 1 tin buah cocktail
  • 1 tin buah lychee
  • 1 bekas nata de coco (lychee)

Cara Membuat:

1. Tapis air buah dan air lychee, asingkan buah dan air. Lychee sis carikkan jadi halus-halus macam isi ayam dah, nata de coco amik isi je untuk mix sekali dengan buah-buah.

2. Potong kek swiss roll, letak dekat dalam bekas yang uolls nak. Pastikan susun rapat-rapat ye, takde social distancing ni. Renjiskan atau titiskan rata air buah dekat permukaan kek.

3. Untuk custard, letak semua bahan sekaligus dalam 1 periuk. Jangan bukak api lagi, kacau sebati dulu, baru boleh bukak api, sederhana perlahan. Kacau sampai likat dan berkilat.

4. Agihkan custard dalam bekas yang berisi kek tadi. Btw, jangan tunggu custard sejuk. Nanti berketul. Settle letak custard, susun buah-buahan. Nak meriah lagi, letak la banyak. Sis jenis tak makan buah, sis mampu buat untuk orang je.

5. Jelly ni ada dah cara untuk buat dekat kotak. So, just follow je la apa yang dia suruh. Kalau dah siap kacau untuk jelly, agihkan dalam bekas-bekas yang korang dah letak buah tu. Tunggu betul-betul sejuk baru letak dalam peti.

6. Nak sedap lagi simpan semalaman. Custard sejuk lagi sedap makan. Okay, Selamat mencuba!.

Peminat Kek Marble, Boleh Cuba Kek Marble 4 Benua Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nuralia Idayu