Cara Masak Steak ala Restoren Mewah
Untuk para suami yang berkahwin dengan isteri yang bekerjaya, anda boleh cuba recipe ini. Mudah dan pantas je nak buat.
Sejak saya belajar recipe ni, saya dah jarang makan steak di restoran sebab biasanya mereka masak sehingga terlalu well done.
Saya lebih suka medium to medium rare. Baru dapat rasa betul-betul nikmat makan daging. Tak payah beli daging Wagyu dan Angus pun dah sedap.
Ok, let’s joms. Boleh ikuti langkah dalam gambar.
1. Pilih daging yang tidak terlalu tebal. Dalam 150-200 grams dah ok. Biasanya saya beli daging di Jaya Grocer atau Lotus’s. Banyak jenis cuts yang ada.
Sebelum masak, pastikan daging berada di suhu bilik. Basuh dan keringkan dengan kitchen towel.
2. Lumurkan setiap bahagian dengan garam, lada hitam (freshly grounded lagi bagus) dan minyak zaitun.
4. Seeloknya panaskan minyak di atas non stick pan. Api pula set pada high heat. Dalam gambar ni, saya tak tambah minyak. Nak lebih sihat la konon.
4. Tak perlu masak lama. Dalam 5 minit on each side dah ok. Ada nampak char sikit dah cukup.
Tambahkan butter secukup rasa dan bawang putih yang telah diketuk (crushed). Kalau ada fresh rosemary lagi sedap.
5. Lumurkan butter yang cair tadi ke atas seluruh bahagian daging. Masa ni asap banyak gila. Satu rumah bau harum!
Tak perlu lama buat benda ni. 2 minit cukup.
6. Keluarkan dari pan dan biarkan dahulu. Let it rest for 5 minutes. Kena banyak bersabar masa ni.
7. Potong potong daging macam Saltbae dan lihat semua meat juices keluar. Memang lazat.
Untuk hidangan yang lengkap, boleh buat steak sandwich. Pakai je apa jenis roti yang ada. Bakar roti, tambah daun salad (lettuce & tomatoes) dan letakkan beberapa potongan daging.
Kalau buat perfect steak ni, malam nanti pasti isteri gembira dapat suami yang se-perfect steak yang dimasak.
Resepi Oleh: Ahmad Firdaus