Resipi Ayam Masak Merah Berkrim

Resipi Ayam Masak Merah Berkrim

Bosan dengan ayam masak merah yang biasa? Jom kita upgrade sikit bagi jadi lebih berkrim, lebih pekat, dan rasa lebih ‘mahal’! Sekali cuba versi ni, confirm korang tak pandang dah resepi lain.

Rahsia kehebatan resipi ni adalah pada tambahan santan pekat yang memberikan tekstur kuah yang sangat halus dan seimbang rasa masam manisnya. Warna dia pun jadi merah jingga yang sangat cantik dan menyelerakan. Makan dengan Nasi Minyak atau Nasi Tomato, memang kombinasi paling ‘win’!.

Tak susah pun nak buat, bahan-bahan semua memang dah ada kat dapur. Jom manjakan perut keluarga dengan menu ala restoran ni yang dikongsikan oleh Azura Masrun ni.

Bahan-Bahannya:

  • 1 mangkuk besar penuh ayam (potong kecil)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang holland – hiris halus
  • 1 batang serai – ketuk
  • 4 sdb cili blend
  • 1 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tomato
  • 2-3 sdb santan pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula melaka
  • Minyak untuk menumis

Bahan Blend/Kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan bahan blend. Masak hingga bau wangi, masukkan cili dan gula melaka.

2. Masak hingga pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan segala sos, gaul dan masukkan ayam. Gaul sebati, kalau kering sangat masukkan sedikit air dan masak hingga ayam hampir empuk.

3. Seterusnya, masukkan santan, perasakan dengan garam dan kecilkan api. Masak hingga ayam betul-betul sekata masak, rasa dah ok, bolehlah tutup api.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Azura Masrun