Ais Krim

Resepi Ais Krim Homemade Sihat

resepi-ais-krim-homemade-sihat

Anak-anak suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari konfem mengamok nak aiskrim. Pening pala makpak kan nak kontrol.

Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pon terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yang sihat. Yang penting air tangan ibu yang penuh kasih sayang.

Resepi Ais Krim Homemade Sihat

Bahan-Bahan:

1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat (mamaD tak letak, sebab tak nak manis)
Perisa ikut suka. MamaD letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pon boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett

Ini bahan-bahanya. MamaD lupa nak snap sekali susu cair. Yang debu tu badam yang siap diblend. Kismis pon siap direndam dan ditapis dah tu. Yang oren tu, ovalett. Beli kat kedai buat kek atau pasaraya pon ada.

Cara Buat:

1. Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan. Badam disangai atau beli yang siap sedia dimakan, kemudian blend hancur.

2. Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.

Blend hancur badam. MamaD beli yang siap dimakan. Tak perlu nak sangai. Blend kejap bahan-bahan kasi hancur.

3. Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit dan boleh dimasukkan badam yang siap diblend hancur.

Lepas blend, transfer bancuhan dalam pemutar kek. Kalo nak guna blender saja pon tak pe, tapi kurang gebu sikit. Putar la smpai lenguh tangan korang ya. Hehehe. Dalam 15 minit, dapat hasil cenggini. Nak gebu, putar lama lagi.

4. Sedia dibekukan. Enjoy. Kalo disejukkan pastu minum sejuk-sejuk pon best tau. Macam smoothie gitu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Ais Krim Kiwi

Nota:

+ Sebenarnya, boleh je terus diblend dalam blender bahan-bahan tu tanpa alih bancuhan ke dalam pemutar kek. Tapi efek dia kurang gebu sikit la.
+ Kismis dan badam tu boleh je kalo nak masukkan ke dalam aiskrim secara kasar, tapi disebabkan anak mamaD ni kecil lagi, sebab tu mamaD blend hancur.
+ Gantikan kismis dengan pisang pon best tau.
+ Untuk lagi gebu, putarkan sebiji telur dengan ovalett dahulu sehingga gebu. Lepas tu baru dimasukkan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak hanyir pon.

Resepi Ais Krim Homemade Sihat
Hah, apa lagi. Cepat-cepat la simpan dalam peti ais. Jangan tanya mamaD, lama mana nak simpan. Tunggu keras, boleh la makan. Nak simpan lelama pon ikut suka awak la.

Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis.

Resepi Oleh: mamaD (Miera Irayz Nordin)