Minuman

Minuman French Hot Chocolate Mewah Rasa Coklat

minuman-french-hot-chocolate-mewah-rasa-coklat

Minuman French Hot Chocolate Mewah Rasa Coklat

Setiap kali mood huru hara, coklat panas adalah penyelamatnya rasa tenang je huhuhu. Ada yang suka minum coklat panas gak tak? Terutama waktu hujan dingin gini. Sesekali meh layan French Hot Chocolate yang pekat melekat dengan rasa coklat yang mewah. Resepi daripada blog mat saleh, memang terbaik!.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan susu segar/penuh krim
  • 1/2 cawan heavy cream (saya guna UHT whipping cream)
  • 2 sudu teh gula aising (saya tak letak)
  • 1/2 sudu teh serbuk espresso (saya tak letak)
  • 225 gram bittersweet chocolate (coklat pahit manis) cincang dulu jika perlu.
  • Whipped cream untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Campur susu, heavy cream, gula aising dan serbuk espresso di dalam periuk (saya guna sausepan) yang diletakkan diatas api sederhana panas. Guna whisk kacau rata sehingga buih-buih halus kelihatan di tepi periuk jangan biarkan sampai mendidih.

2. Alihkan periuk daripada api dan masukkan coklat sambil kacau rata biar semuanya sebati bersama bancuhan susu tadi. Jika perlu boleh letak atas api semula (guna api kecil) kalau coklat tak mencair elok.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Snek Congo Bars

3. Hidangkan ketika suam. Hias dengan whipped cream. Boleh ubahsuai bahan ikut selera sendiri jika mahu kurang pekat/manis dan sebagainya.

Boleh Guna Bittersweet Chocolate Chips Premium (Halal) Ni >> https://shope.ee/6AClBNC8pM

Minuman French Hot Chocolate Mewah Rasa Coklat

Resepi Oleh: Cik Puan Nurul