This amazing lemon cheesecake, with a super creamy boost from the white chocolate and a delectable shortbread crust, is truly one of the most delicious cheesecakes ever!
Resepi Lemon White Chocolate Cheesecake
Bahan-Bahan:
Shortbread Crust –
1-1 / 4 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula aising
1 sudu kecil parutan lemon
1/2 cawan butter sejuk, potong kiub
Filling –
900g krim cis Philadelphia, suhu bilik
150g gula
150g white chocolate, cairkan dan sejukkan
2 sudu tepung gandum
4 sudu heavy whipping cream
4 sudu besar jus lemon
2 sudu kecil parutan lemon
2 sudu kecil vanila esen
5 telur grade A, suhu bilik, dipukul pelahan
Caranya:
1. Panaskan ketuhar ke 160c (325f). Loyang springform 9 inci balut di bahagian bawah dengan aluminum foil. Ulang satu lagi foil dan ulang supaya air dipastikan tidak masuk. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk kecil, masukkan tepung, gula; kiub butter, guna hujung jari, gabungkan sehingga sebati. Masukkan kedalam loyang guna gelas tekan ke bawah dan ke tepi rata. Bakar 25 minit. Sejukkan.
3. Dalam mixer, putar krim cis dan gula hingga sebati. Masukkan white chocolate, tepung, heavy whipping krim, jus lemon, parutan lemon dan esen vanila. Masukkan telur yang telah di pukul perlahan; putar sehinggan sebati.
4. Letakkan springform di dalam loyang lebih besar. Tuang adunan ke dalam springform dan masukkan loyang ke dalam oven. Tuang air yang mendidih ke dalam loyang besar untuk membakar secara teknik “water bath”. Bakar 1 jam.
5. Bila dah siap bakar, tutup oven tetapi jangan buka pintu oven sehingga 1 jam. Biarkan sejuk di dalam oven.
6. Angkat springform dari water bath dan buka foil rata. Biarkan sehingga betul betul sejuk dalam springform di atas wire rack. Tutup permukaan springform dengan foil. Sejukkan selama beberapa jam atau semalaman di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
7. Lalukan pisau nipis tajam disekeliling springorm untuk mudah mengeluarkan kek. Hias dengan topping yang disukai. Saya hiaskan dengan blueberry compote.
Blueberry Compote
Bahan-Bahan:
2 cawan Blueberry
60g Gula
60g Air
4 sudu tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air untuk pemekatan
Caranya:
1. Campurkan semua bahan (kecuali campuran tepung jagung) di dalam periuk kecil.
2. Masukkan campuran tepung jagung dan masak sehingga jus mula pekat. Siap.
Nota:
1. Kalau nak buat small size untuk kek ni, bahagi 2 je portion resepi ni.
2. Masak air panas sehingga mendidih. Kecil kan api biar kan mendidih sementara siap kan krim cis batter.
3. Cara pembekuan; Bungkus bahagian individu size cheesecake dalam bungkus plastik dan letakkan di dalam beg beku plastik ziplock. Simpan dalam freezer. Bila nak makan cairkan sepenuhnya di dalam chiller.
4. Berapa lama cheesecake boleh tahan di dalam freezer? Jika dibungkus dengan betul, ia akan mengekalkan kualiti terbaik selama 2 hingga 3 bulan.
Resepi Oleh: Lina Thomas